Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Johor buka 81 lagi pusat pemindahan sementara bagi mangsa banjir

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BARU: Sebanyak 81 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini bagi menempatkan keseluruhan 5,588 mangsa banjir daripada 1,505 keluarga yang terjejas, setakat 4 petang semalam.



Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik R Vidyananthan, berkata ia berbanding hanya 79 PPS membabitkan 5,598 orang daripada 1,516 keluarga, pada 12 tengahari semalam.



Katanya, pembukaan dua lagi PPS itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemereh, Segamat, yang menempatkan 78 mangsa daripada 24 keluarga, dan Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Chondong, Tangkak, yang menempatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga.



"Segamat masih menjadi daerah paling terjejas banjir di negeri ini apabila meningkat kepada seramai 4,105 orang daripada 1,116 keluarga yang ditempatkan di 55 PPS.



"Ia berbanding hanya 4,103 mangsa daripada 1,114 keluarga yang ditempatkan di 53 PPS, pada 12 tengahari.



"Mangsa banjir paling ramai adalah di PPS Dewan Serbaguna Logah, Segamat (519 mangsa daripada 136 keluarga); Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang (502 mangsa daripada 157 keluarga); diikuti SJK (C) Tah Kang di Segamat, dengan 394 mangsa daripada 102 keluarga," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Encik Vidyananthan turut memetik amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengenai hujan lebat berterusan yang dijangka berlaku di beberapa kawasan.



"Empat sungai di Segamat dan satu di Tangkak berada pada paras berbahaya," ujarnya.



Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan melayan spekulasi mengenai rombakan Kabinet yang didakwa bakal menyaksikan tiga Menteri digugurkan dalam masa terdekat.



Sebaliknya, beliau menegaskan, tumpuannya kini terarah kepada usaha menangani banjir dan pascabencana itu, serta langkah membendung penularan Covid-19 di negara ini.



"Ketika ini, saya memberi fokus kepada isu banjir dan perkara lain (rombakan Kabinet) belum ada apa-apa lagi. Banyak spekulasi. Selagi saya tidak membuat kenyataan, kita anggap ia spekulasi sajalah.



"Rakyat sedang susah, justeru lebih baik kita tumpu kepada bagaimana hendak membantu rakyat yang susah akibat banjir.



"Saya tak nak cakap pun soal ada atau tiada (rombakan Kabinet), setakat ini. Selagi saya tidak umumkan, tidak adalah.



"Belum sampai masanya (mengumumkan perihal rombakan Kabinet). Marilah kita fokus kepada isu banjir," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa semalam.



Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas Kabinet hari ini untuk membincangkan kemungkinan gelombang kedua banjir dan langkah-langkah pasca banjir.



Beliau berkata Kabinet juga akan diberi taklimat mengenai laporan daripada mesyuarat lain yang dipengerusikannya kelmarin dengan semua menteri besar dan ketua menteri negara serta Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera.



Tambahnya, Kementerian Kesihatan dijangka memberi taklimat kepada Kabinet mengenai situasi Covid-19 di negara ini berhubung varian Omicron serta perkara lain termasuk umrah (ziarah).



"Kementerian juga akan memberikan cadangan dan tindakan yang perlu diambil bagi menangani perkara itu.



"Kita akan mendapat gambaran lebih jelas mengenai perkara itu esok," katanya. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >