Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Johor teroka tawar khidmat feri S'pura-Puteri Harbour

Jan 20, 2023 | 05:30 AM



ISKANDAR PUTERI (Johor): Kerajaan negeri Johor sedang meneroka cara dan kemungkinan mengadakan khidmat feri antara Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dengan Singapura.



Menyatakan demikian, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata terminal yang terletak di barat daya negeri itu merupakan pintu masuk antarabangsa utama yang meningkatkan akses kepada pelancong untuk datang ke Johor.



Dalam satu kenyataan semalam, beliau turut menarik perhatian bahawa pada 2022, lebih 141,000 pelancong dari Batam dan Tanjung Balai di Indonesia ke terminal Puteri Harbour melalui perkhidmatan feri yang dimiliki dan dikendalikan pemaju hartanah Malaysia UEM Sunrise.



"Selain itu, saya telah meminta exco (negeri Johor) bagi pelancongan, alam sekitar, warisan dan budaya Raven Kumar untuk meneroka dan mencari jalan bagi membolehkan pengangkutan untuk terminal feri ini ke Singapura," kata Datuk Onn Hafiz.



"Dengan laluan baru ini, kami yakin ia akan memudahkan lagi akses antara Johor dengan Singapura, di samping membantu meningkatkan lagi taraf ekonomi negeri ini."



Beliau menambah, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan pusat dan syarikat UEM Sunrise untuk meningkatkan tahap khidmat di terminal itu demi meraih manfaat ekonomi dan rakyat Johor umumnya.



Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour terletak dalam lingkungan 10 minit pemanduan ke tempat-tempat tarikan pelancong seperti Legoland Malaysia, Sunway Big Box dan Puteri Harbour.



Ia juga terletak dalam jarak 30 minit ke pusat bandar Johor Bahru.



Selain itu, terminal feri itu juga tidak jauh daripada kemudahan perubatan swasta utama seperti Gleneagles Hospital Medini dan Columbia Asia Hospital.



Berkaitan perkara itu, Datuk Onn Hafiz berkata antara 2019 dengan 2022, sekitar 36 peratus pengunjung yang tiba di terminal itu adalah pelancong kesihatan yang menerima rawatan di Johor.



"Ini menunjukkan kepentingan menyediakan infrastruktur pengangkutan seperti terminal ini untuk menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan," tambah Datuk Onn Hafiz.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >