SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Jokowi agih keperluan asas kepada pemandu teksi motosikal

Jokowi agih keperluan asas kepada pemandu teksi motosikal

Apr 15, 2023 | 5:30 AM

Jokowi agih keperluan asas kepada pemandu teksi motosikal

880e6c94-d3eb-4908-99f9-f245456123c9
-

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, pada Khamis mengagihkan pakej keperluan asas kepada ribuan pemandu teksi motosikal yang melalui Jalan Merdeka Medan Utara, yang terletak di selatan Istana Merdeka.

Beliau dan Menteri Perusahaan Milik Negara, Encik Erick Thohir, memerhatikan pengagihan keperluan asas itu sambil melambaikan tangan kepada pemandu yang sedang beratur.

Jalan di situ menjadi sesak akibat kegiatan itu, kerana pemandu teksi motosikal beratur sehingga ke Jalan Veteran III, yang terletak di sebelah timur Istana.

Sebilangan pegawai tentera dan polis dikerahkan untuk menguruskan trafik dan memastikan pengagihan pakej bantuan berjalan lancar.

Pemandu yang menerima bantuan dikehendaki mencelupkan jari kelingking ke dalam dakwat yang disediakan.

Salah seorang penerima yang bernama Encik Eko mengakui pada mulanya tidak mengetahui tentang pengagihan bantuan itu.

"Saya baru hendak menerima tempahan (teksi) semasa melalui Jalan Juanda (di utara Istana) dari kawasan Tanah Abang, kemudian saya lihat ramai orang berkumpul, jadi saya ikut sahaja tanpa (benar-benar) tahu apa yang berlaku," katanya.

"Ternyata ada pengagihan keperluan asas (bantuan)," kata pemandu teksi motosikal itu.

Beliau mengakui berasa gembira dan berhasrat mahu segera membawa pulang bantuan itu yang merangkumi beras, minyak masak dan gula.

Sebelumnya, Encik Jokowi turut mengagihkan pakej bantuan keperluan asas di Pasar Minggu, di Jakarta Selatan, kepada peniaga dan penduduk berdekatan selepas meninjau harga keperluan asas di pasar itu. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg