Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi akan pilih calon presiden yang beliau sokong

* Tidak rancang duduki jawatan tinggi pemerintah, * Prabowo antara yang ditimbang dapat sokongan
Sep 18, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, akan memutuskan siapakah calon yang akan beliau sokong untuk pilihan raya umum 2024, dan tidak merancang menduduki mana-mana jawatan tinggi pemerintah, menurut satu sumber yang tahu tentang perkara itu, lapor akhbar The Straits Times semalam.



Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto, 70 tahun, adalah di antara mereka yang sedang ditimbangkan secara serius olehnya untuk diberikan sokongan, beberapa sumber mengongsikannya kepada akhbar itu.



"Prabowo dijangka mengumumkan gadingannya mulai awal tahun depan," kata satu sumber yang meminta identitinya tidak dinyatakan.



Antara mereka yang dijangka menjadi gandingan Encik Prabowo sebagai calon naib presiden adalah Menteri Badan Usaha Milik Negara, Encik Erick Thohir, 52 tahun; Gabenor Jawa Timur, Cik Khofifah Indar Parawansa, 57 tahun; dan, Pengerusi Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Encik Muhaimin Iskandar, 55 tahun.



Tidak dapat dipastikan bila Encik Widodo, yang juga mesra dengan panggil Encik 'Jokowi' akan mengumumkan sokongannya kepada mana-mana gandingan yang bakal bertanding dalam pilihan raya kelak.



Encik Prabowo, yang pernah menyaingi Encik Widodo dalam pilihan raya presiden terdahulu, merupakan salah seorang daripada tiga calon presiden paling popular yang telah mendapat tiket bertanding pada 2024.



Dua yang lain - Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo, dan Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, kedua-duanya berusia 53 tahun - belum lagi mempunyai tiket parti.



Encik Ganjar merupakan ahli Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), sementara Encik Anies adalah bebas.



Encik Prabowo bersaing dengan Encik Widodo semasa pilihan raya presiden 2014 dan 2019 sebelum menyertai Kabinet Encik Widodo semasa pentadbiran penggal kedua.



Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), yang dipimpin Encik Prabowo dan meraih 13.6 peratus kerusi parlimen, telah membentuk satu perikatan dengan PKB, yang memiliki 10.1 peratus kerusi, menjadikan mereka layak untuk diganding dan ditampilkan sebagai calon presiden dan naib presiden.



Di bawah undang-undang pilihan raya Indonesia, mana-mana parti politik perlu menguasai sekurang-kurangnya 20 peratus kerusi parlimen sama ada secara sendiri atau menerusi perikatan, sebelum dibenarkan menawarkan calon.



Satu syarat lain adalah sesebuah parti atau gabungan parti meraih 25 peratus undi dalam pilihan raya sebelumnya.



Penggal kedua selama tempoh lima tahun Encik Widodo akan berakhir pada Oktober 2024 dan beliau tidak dibenarkan oleh Perlembagaan bertanding bagi penggal ketiga.



Bagaimanapun, secara teknikalnya, beliau boleh bertanding sebagai naib presiden jika beliau mahu.



Indonesia telah mengamalkan sistem pilihan raya presiden secara langsung sejak 2004.



Media tempatan melaporkan bahawa Encik Widodo boleh kekal dalam pemerintah untuk lima tahun lagi dengan menjadi gandingan nombor dua bagi pilihan raya 2024, jika beliau dicalonkan.



Encik Widodo, 61 tahun, kali pertama menjawat jawatan utama pemerintah pada 2014 dan tindakannya yang berani, dengan dasar reformasi dilihat antipopulis, termasuk dalam membangunkan prasarana awam secara besar-besaran telah disambut baik rakyat Indonesia.



Beliau telah dipilih sekali lagi pada 2019 sebagai presiden negara itu untuk penggal kedua.



Indonesia akan mengadakan pilihan raya umum pada 14 Februari 2024.



Pendaftaran untuk calon presiden dan naib presiden akan dibuka tahun depan antara 19 Oktober dan 25 November.



Tidak rancang duduki jawatan tinggi pemerintah,



Prabowo antara yang ditimbang dapat sokongan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >