Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Jokowi ganti enam menteri

Dec 23, 2020 | 05:30 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia Encik Joko "Jokowi" Widodo telah mengumumkan rombakan anggota Kabinetnya semalam, mengakhiri spekulasi selama berbulan-bulan.



Antara menteri baru yang dilantik:



Ketua pasukan petugas pemulihan ekonomi Encik Budi Gunadi Sadikin, walikota Surabaya Cik Tri Rismaharini dan Encik Sandiaga Salahuddin Uno, yang merupakan calon pencabar presiden Prabowo Subianto pada 2019.



Encik Sadikin akan menggantikan Dr Terawan Agus Putranto sebagai Menteri Kesihatan - yang sejak berbulan-bulan dikritik masyarakat Indonesia kerana gagal dalam menangani Covid-19.



Semalam Indonesia mencatat lebih daripada 670,000 kes Covid-19 yang disahkan, salah satu yang tertinggi di Asia.



Cik Rismaharini pula menggantikan Encik Juliari Batubara sebagai menteri urusan sosial.



Encik Batubara ditangkap awal bulan ini kerana didakwa menerima sogokan AS$1.2 juta (S$1.6 juta) dari dua kontraktor yang ditugaskan untuk mengagihkan bantuan kepada pesakit yang terkena Covid-19.



Encik Uno telah dilantik sebagai menteri pelancongan yang baru.



"Perasmian akan dilakukan, insya Allah, besok pagi (Rabu)," kata Encik Widodo.



Encik Muhammad Lutfi, Duta Besar Indonesia ke Amerika Syarikat, akan mengambil alih jawatan menteri perdagangan sementara Encik Yaqut Cholil Qoumas akan menjadi menteri ehwal agama yang baru.



Encik Sakti Wahyu Trenggono, wakil menteri pertahanan sekarang, akan menggantikan Encik Edhy Prabowo sebagai menteri perikanan.



Edhy ditangkap pada akhir November kerana didakwa menerima sekurang-kurangnya 3.4 juta rupiah (S$319,000) dalam kes yang melibatkan udang galah yang dimport.



Beberapa portfolio ini, termasuk bagi kementerian kesihatan, perdagangan dan pelancongan dianggap penting dalam memetakan rancangan pemulihan dari Covid-19.



Rombakan itu mengakhiri spekulasi berbulan-bulan setelah Presiden Jokowi berkata kepada para menterinya pada Jun bahawa beliau sudah bersedia mengubah sesuatu kerana ada yang tidak melakukan cukup untuk memerangi wabak Covid-19.



Presiden Jokowi mendakwa bahawa ramai menterinya bekerja secara biasa, seolah-olah apa yang berlaku sekarang adalah normal.



Beliau berkata sikap mereka "membuat saya jengkel".



Presiden Indonesia itu juga mengkritik para menterinya kerana menganggap mereka lambat mengeluarkan perintah dalam menghadapi krisis ekonomi dan pandemik global. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >