Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jokowi gesa kuasa besar perkukuh kerjasama, bukan bersaing

Sep 7, 2023 | 7:49 PM
KEKALKAN KEAMANAN: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo menekankan bahawa kerjasama untuk memastikan keamanan dan kestabilan penting untuk mencapai kemakmuran.
KEKALKAN KEAMANAN: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo menekankan bahawa kerjasama untuk memastikan keamanan dan kestabilan penting untuk mencapai kemakmuran. - Foto ST

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo pada Khamis merayu kepada kuasa besar dunia untuk “menguatkan kerjasama, bukan mempertajamkan persaingan”.

“Saya tidak tahu berapa banyak kata-kata keamanan dan kestabilan yang kita ucapkan pada setiap mesyuarat... keamanan dan kestabilan adalah penting untuk mencapai kemakmuran,” katanya pada pembukaan Sidang Puncak Asia Timur yang merupakan sebahagian daripada Sidang Puncak Asean ke-43 yang bermula pada Selasa dan berakhir pada Khamis (7 Sep).

Sidang Puncak Asia Timur tahunan ini menghimpunkan pemimpin daripada Asean, Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Namun, Presiden AS, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping tidak hadir; kedua-dua kuasa besar itu sebaliknya diwakili oleh Naib Presiden, Cik Kamala Harris dan Perdana Menteri, Encik Li Qiang, menurut laporan The Straits Times.

Presiden Indonesia yang mesra dengan panggilan Encik ‘Jokowi’ di kalangan rakyatnya berkata, negara masing-masing mempunyai tanggungjawab yang sama untuk tidak mewujudkan “konflik, ketegangan dan peperangan baru”.

“Kami juga mempunyai tanggungjawab untuk mengurangkan ketegangan, meredakan suasana yang sengit untuk mewujudkan ruang untuk dialog, untuk merapatkan perbezaan sedia ada,” tambah beliau.

Beliau menggesa pemimpin di Sidang Puncak Asia Timur untuk “menjadikan forum ini sebagai tempat untuk mengukuhkan kerjasama dan bukan untuk bersaing sengit”.

Wilayah Indo-Pasifik telah menjadi arena di mana AS dan China merebut kuasa dan pengaruh.

Tambahan pula, tuntutan China ke atas Taiwan dan tuntutan terhadap Laut China Selatan oleh Beijing dan beberapa negara – termasuk beberapa ahli Asean – berpotensi menjadi bahan pertengkaran.

Pemimpin Asean pada sidang puncak itu telah mengulangi mesej keamanan, kestabilan walaupun bimbang persaingan yang semakin meningkat antara China dan AS.

Pada Selasa lalu, Encik Jokowi memberi amaran Asean tidak akan menjadi “proksi untuk mana-mana kuasa”, dan akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk keamanan dan kemakmuran.

Tinjauan Asean mengenai Indo-Pasifik (AOIP) menjadi salah satu perkara perbincangan utama di Sidang Puncak Asean.

Encik Jokowi yang sebelum ini menyifatkan Indonesia, sebagai ‘kerusi roda’ Asean, akan mengukuhkan peranan inisiatif itu di rantau ini.

AOIP, satu daya usaha Indonesia yang ditandatangani oleh pemimpin Asean pada Sidang Puncak Asean ke-34 pada 2019, membentangkan pendirian blok itu atas kerjasama, keselamatan dan kemakmuran serantau.

Pendiriannya untuk tidak menyebelahi mana-mana kuasa besar yang bersaing untuk mendapatkan pengaruh dalam rantau ini.

Dalam kenyataan pengerusi pada Selasa, pemimpin Asean meluahkan kebimbangan mereka terhadap ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di rantau ini, dan menekankan kerelevanan AOIP untuk mengekalkan keamanan, keselamatan, kestabilan dan kemakmuran Asean.

Kenyataan itu berkata: “Kami berazam untuk terus menggalak AOIP dalam perhubungan kami bersama rakan kongsi, dan untuk menjadikannya biasa serta menggalak pelaksanaan AOIP melalui projek dan aktiviti konkrit untuk menggalakkan (rasa) saling percaya, menghormati dan mendapat manfaat melalui cara dan proses yang diterajui Asean.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg