Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi: Indonesia perlu tiga tahun untuk hentikan masalah kebakaran hutan

Sep 30, 2015 | 01:43 PM



PRESIDEN Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, berkata beliau memerlukan masa untuk menangani masalah kebakaran hutan, dan rakyatnya juga menjadi mangsa jerebu yang menjejas rantau ini.


Bagaimanapun, usaha itu akan mengambil masa tiga tahun sebelum hasilnya dapat dilihat kerana ia "bukan masalah yang anda boleh selesaikan dengan cepat", ujar beliau dalam temu bual eksklusif dengan BBC.


Lebih 3,700 askar, hampir 8,000 pegawai polis dan empat pesawat pengebom air Indonesia telah dikerah untuk memadamkan kebakaran.


Singapura telah menawarkan bantuan, tetapi Indonesia masih belum menerimanya. Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pula berkata beliau "lebih daripada bersedia" untuk membantu.


Indonesia sedang membina rizab air di dalam hutan dan terusan untuk membawa air ke kawasan panas, kata Encik Jokowi, menyusuli lawatannya ke Kalimantan Tengah untuk memeriksa kerosakan akibat mengamuk kebakaran minggu lepas.


Undang-undang terhadap perbuatan membakar hutan juga telah dikuatkuasa, ujarnya.


"Anda akan melihat hasilnya tidak lama lagi dan dalam tempoh tiga tahun kami akan dapat menyelesaikan perkara ini," kata Encik Jokowi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >