Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jokowi isytihar 'normal baru' dengan bantuan polis, tentera

May 27, 2020 | 12:40 PM
KEBIASAAN BARU: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (dua dari kanan) memakai pelitup dan menjalani pemeriksaan suhu badan semasa mengunjungi sebuah stesen MRT di Jakarta semalam, bagi memeriksa langkah-langkah yang dilaksanakan bagi mengekang penularan koronavirus.
KEBIASAAN BARU: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (dua dari kanan) memakai pelitup dan menjalani pemeriksaan suhu badan semasa mengunjungi sebuah stesen MRT di Jakarta semalam, bagi memeriksa langkah-langkah yang dilaksanakan bagi mengekang penularan koronavirus. - - Foto AFP

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, mengumumkan semalam bahawa polis dan tentera akan terlibat dalam menguatkuasakan garis panduan "normal baru" kerana beberapa bandar merancang untuk melonggarkan sekatan sosial berskala besar yang dilaksanakan bagi mengekang penyebaran Covid-19.

Buat permulaan, kira-kira 340,000 pegawai akan dikerahkan di 25 kota di empat wilayah untuk menguatkuasakan garis panduan di tempat awam sehingga kegiatan ekonomi dapat disambung semula.

Sebanyak 1,800 tempat umum telah diperuntukkan bagi para petugas di Jakarta, Sumatera Barat, Jawa Barat dan Gorontalo - semua provinsi yang memiliki batasan sosial skala besar (PSBB).

"Anggota tentera dan polis telah dikerahkan di stesen MRT [Jakarta] mulai hari ini (semalam). Para petugas akan memastikan semua orang mengikuti protokol kesihatan," kata Encik Jokowi setelah memeriksa Stesen MRT Bundaran HI di Jakarta Pusat, semalam. - Jakarta Globe

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg