Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi janji kestabilan politik jelang pilihan raya

Oct 18, 2023 | 02:11 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, memastikan pelabur China yang melabur di Indonesia adalah selamat dan terjamin, walaupun menjelang pilihan raya umum 2024.


“Kami telah menyediakan insentif dan mengekalkan kestabilan sosial dan politik,” kata Encik Jokowi semasa menghadiri Forum Perniagaan Indonesia-China pada Isnin, seperti dipetik daripada kenyataan akhbar Biro Akhbar Istana Presiden.


Menurut Encik Jokowi, pelabur tidak perlu bimbang tentang pilihan raya itu, memandangkan Indonesia telah menjalankan lima pilihan raya secara berterusan setakat ini.

Presiden Indonesia itu kini sedang memulakan lawatan dua hari ke China. Selain bertemu dengan pihak berkepentingan, Encik Jokowi dijadual bertemu Presiden Xi Jinping dan menghadiri Forum Belt and Road.

Encik Jokowi menyatakan dalam ucapan pembukaannya bahawa beliau menghargai pelabur dan syarikat China.

China kini berada di tempat kedua sebagai penyumbang terbesar Indonesia dalam forum pelaburan langsung. Bagaimanapun, Encik Jokowi tidak memberikan butiran mengenai pelaburan itu.

Indonesia kini memberi tumpuan kepada industri hiliran termasuk komoditi seperti nikel, tembaga, dan mineral lain.

Presiden Jokowi juga menyebut potensi baru tenaga yang boleh diperbaharui di Indonesia yang dianggarkan mencecah 3,600 gigawatt.

Pembangunan Ibu Negara Nusantara atau IKN turut dibangkitkan semasa forum tersebut. Encik Jokowi berkata infrastruktur asas dan pusat pemerintah itu akan dilaksanakan menjelang tahun 2024.

“Terdapat 21 pelabur domestik dan asing yang terlibat, sehingga awal November dan kami akan melakukan pecah tanah tidak lama lagi, dengan jumlah AS$2 bilion ($2.7 bilion),” menurut kenyataan pada siaran akhbar yang diedarkan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >