Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi ke Russia, Ukraine bagi misi kedamaian, galak kerjasama negara G7

Jun 27, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA/ELMAU CASTLE, JERMAN: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, berkata beliau akan menggesa rakan sejawatannya daripada Russia dan Ukraine agar membuka peluang bagi dialog untuk diadakan antara dua negara yang berperang itu sambil menekankan kepada Presiden Vladimir Putin agar melaksanakan genjatan senjata serta merta.



Ini, menurutnya, akan dilakukan dalam misi mencapai kedamaian semasa lawatannya ke kededua negara itu.



"Peperangan mesti dihentikan dan rantaian bekalan makanan global perlu dipulihkan semula," ujar Encik Jokowi, dalam mesejnya menjelang keberangkatan beliau ke sidang G7 di Jerman hari ini.



Sehubungan dengan itu, Encik Jokowi juga menekankan beliau akan menggalak negara-negara G7 untuk bekerjasama ke arah kedamaian selain mencari huraian segera kepada krisis makanan dan tenaga global.



Selain Encik Jokowi, Menteri Ehwal Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, berkata produk makanan dan baja buatan Russia dan Ukraine perlu disepadukan semula dengan pasaran global, meskipun di tengah-tengah peperangan.



"Ia adalah penting untuk menjamin sebuah koridor bijirin daripada Ukraine dan membuka semula eksport makanan dan baja daripada Russia. Semua negara harus menjauhi tindakan yang akan memburukkan lagi krisis makanan ini," ujar Cik Marsudi dalam kenyatannya semalam.



Indonesia telah mengutuk peperangan tersebut sambil melahirkan simpatinya kepada Ukraine. Namun, Encik Jokowi, pada April lalu mendedahkan beliau telah menolak permintaan untuk bekalan senjata daripada Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky.



Dalam pada itu, empat negara G7 akan mengharamkan eksport emas Russia dalam percubaan terkini untuk menghentikan perbuatan golongan oligarki Russia - atau pemerintahan yang dijalankan oleh sekumpulan kecil orang yang berkuasa - daripada membeli emas bagi mengelak sekatan yang dikenakan ke atas Moscow.



Tindakan yang diambil Britain, Canada, Jepun dan Amerika Syarikat itu akan menjejas secara langsung golongan oligarki Russia, sekali gus "menyerang nadi jentera perang (Presiden) Putin," kata Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson.



Dengan peranan utama Britain dalam perdagangan emas antarabangsa dan tindakan yang diambil Amerika, Jepun dan Canada, sekatan terkini untuk akan mempunyai jangkauan global, sekali gus menutup komoditi itu daripada pasaran antarabangsa formal.



Bernilai AS$15.5 bilion ($21.5 bilion) kepada ekonomi Russia pada 2021, emas adalah komoditi penting dalam masa-masa krisis dan adalah eksport utama negara tersebut. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >