Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi lancar kereta api laju ‘Whoosh’ Jakarta-Bandung

Oct 02, 2023 | 12:45 PM



JAKARTA: Kereta api berkelajuan tinggi yang paling dinantikan di Indonesia dilancarkan pada Isnin oleh Presiden Joko Widodo atau dikenali dengan panggilan Jokowi selepas beberapa tahun ditangguhkan.


“Kereta cepat Jakarta-Bandung (KCJB) ini merupakan kereta laju pertama di Indonesia dan juga pertama di Asia Tenggara.

“Dengan kepantasan 350 kilometer sejam, kereta laju ini kami namakan Whoosh, W, h, o, o, s, h, dibaca Whoosh,” ujarnya dalam ucapan perasmian.

Whoosh dipilih daripada bahasa asing agar tidak hanya dapat diterima oleh masyarakat Indonesia, malah secara global. Adapun dalam bahasa Inggeris, whoosh bererti bunyi yang berdesing.


“Sekali lagi Whoosh. Bacanya Whoosh,” kata Encik Jokowi di stesen Halim.

Turut dikenali sebagai kereta api peluru, tren buatan China itu dibina untuk membawa lebih 600 orang pergi dan balik dari Jakarta dan Bandung dalam masa 45 minit dan adalah sebahagian daripada Inisiatif ‘Belt and Road’ (BRI) China.

Pembinaan projek kereta api sepanjang 142km itu, yang merupakan usaha sama antara Indonesia dengan China, bermula pada 2016 dan menelan belanja lebih AS$7 bilion ($10 bilion).

Menteri Pengangkutan Indonesia, Encik Budi Karya Sumadi, berkata kementeriannya sudah meluluskan permit operasi untuk pembangunan projek kereta api berkelajuan tinggi itu dan sudah melepasi syarat bagi membolehkannya beroperasi.

“Alhamdulillah semua ujian dan pensijilan sudah dijalankan supaya kami dapat mengeluarkan permit operasi bagi membolehkan KCJB menjalankan operasi komersialnya tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.

Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Encik Luhut Binsar Pandjaitan, yang menyelia projek itu, berkata pada majlis pelancaran tersebut bahawa orang ramai boleh menaiki kereta api itu secara percuma sehingga pertengahan Oktober sedang ia masih diuji cuba sejak September.

KCJB membabitkan laluan sejauh 142.3 kilometer dengan 13 terowong dan mempunyai empat stesen iaitu Halim, Karawang, Padalarang dan Tegalluar.

Terdahulu, Encik Budi Karya berkata perkhidmatan KCJB akan dijalankan secara berperingkat sebelum operasi sepenuhnya membabitkan 68 perjalanan sehari.

Ia turut menyediakan rel pengantara bagi memudahkan penumpang KCJB sampai ke Kota Bandung dari Stesen Padalarang.

Pada peringkat awal operasinya, orang ramai dapat menikmati diskaun harga tiket bagi menarik minat mereka menggunakannya.

Perdana Menteri China, Encik Li Qiang, menaiki kereta api itu bersama Encik Luhut semasa lawatannya ke Jakarta bulan lalu – semasa satu siri sidang puncak diadakan bersama para pemimpin Asia Tenggara.

Encik Luhut memberitahu Jakarta Post pada Khamis bahawa Presiden Jokowi merancang menyambut Presiden China, Encik Xi Jinping, pada masa depan. Namun tiada butiran lanjut diberikan.


Terdahulu, Setiausaha Agung Asean, Encik Kao Kim Hourn, berkata kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung menjadi contoh baik di rantau Asia Tenggara. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >