JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo telah melantik ahli politik berpengalaman Zulkifli Hasan sebagai menteri perdagangan, dan bekas komander angkatan tentera Hadi Tjahjanto sebagai menteri baru bagi hal ehwal pertanian dan perancangan ruang.
Encik Zulkifli, 59 tahun, yang baru menyertai gabungan pemerintah, ialah pengerusi Parti Amanat Nasional (PAN) dan kini merupakan timbalan speaker Majelis Permesyuaratan Rakyat (MPR).
Beliau berkhidmat sebagai menteri perhutanan dari 2009 hingga 2014 di bawah mantan presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
PAN, yang dahulunya berpihak pembangkang, melompat ke pakatan pemerintah pada akhir Ogos.
Sementara itu, Encik Hadi, 58 tahun, akan mengambil alih tugas Encik Sofyan Djalil.
Encik Hadi bersara pada November tahun lalu sebagai ketua marshal udara dan masih terus memberi nasihat mengenai pelbagai isu kepada pemerintah.
Encik Widodo juga telah melantik tiga naib menteri, termasuk Encik Raja Juli Antoni dari Parti Solidariti Indonesia (PSI).
Encik Antoni telah dilantik sebagai naib menteri bagi pertanian dan perancangan ruang Semua pelantikan baru berkuat kuasa serta-merta. - The Straits Times


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg