Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi pantau usaha padam api di Kalimantan, Sumatra

Sep 23, 2015 | 04:48 PM



JAKARTA - Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) sedang menuju ke Borneo dan Sumatra untuk memantau usaha-usaha memadam kebakaran hutan yang mengakibatkan pencemaran di rantau ini.


Encik Jokowi yang telah menetapkan tempoh dua minggu hingga sebulan untuk memadam kebakaran tersebut, akan menemui para pemadam kebakaran di selatan Kalimantan hari ini sebelum mengunjungi Sumatra selama dua hari, kata pejabatnya dalam satu kenyataan.


Indeks pencemaran di Pontianak, Kalimantan menjadi buruk mencapai 779.4 hari ini Rabu, seganda daripada paras yang disifatkan berbahaya.


Pemerintah Indonesia semalam berkata, ia telah menggantung permit tiga syarikat ladang kelapa sawit negara itu dan membatalkan permit sebuah syarikat perhutanan.


"Terdapat 14 syarikat yang sedang disiasat polis," kata Encik Fadrizal Labay, ketua perhutanan dan perladangan kepulauan Riau, Sumatra. - Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >