Topik diikuti
Pergi ke BHkuJokowi rombak Kabinet
Lantik anggota kanan Golkar dan mantan ketua tentera

PELANTIKAN BARU: President Widodo (dua dari kanan) bersalaman dengan Encik Idrus (kiri) sambil disaksikan isterinya Cik Ridho Ekasari di majlis angkat sumpah anggota Kabinet baru di istana presiden di Jakarta semalam. Turut mengangkat sumpah di majlis itu ialah Jeneral Moeldoko (kanan). - Foto REUTERS
Jan 18, 2018 | 5:30 AM
Jokowi rombak Kabinet
JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, semalam melantik anggota kanan Parti Golkar ke dalam Kabinetnya dengan menggantikan Menteri Kebajikan, Cik Khofifah Indar Parawansa, dengan setiausaha agung parti tersebut, Encik Idrus Marham.
Turut digantikan ialah Ketua Staf Presiden, Encik Teten Masduki, yang jawatannya diserahkan kepada mantan ketua Angkatan Bersenjata Indonesia (TNI), Jeneral Moeldoko.