Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SIDANG PUNCAK ASEAN KE-42

Jokowi: Tiada kemajuan ketara oleh Asean dalam rancangan damai Myanmar

May 12, 2023 | 05:30 AM



LABUAN BAJO (Indonesia): Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, menggesa "perpaduan dalam kalangan anggota Asean untuk melakar jalan ke hadapan" dalam menyelesaikan krisis di Myanmar sambil mengakui bahawa "tiada kemajuan ketara" dibuat dalam rancangan damai di negara itu.



Keganasan yang semakin meningkat di Myanmar telah menguasai perbincangan semasa Sidang Puncak Asean selama dua hari bermula Rabu, yang diadakan di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, dengan pemimpin Asean juga mengecam serangan pada Ahad lalu ke atas konvoi kemanusiaan yang membawa diplomat.



Mempengerusikan sesi rahat pada Khamis - hari kedua dan terakhir sidang puncak itu - Encik Jokowi berkata Indonesia terus berusaha memajukan pelaksanaan konsensus lima perkara Asean melalui penglibatan pelbagai pihak untuk mewujudkan dialog inklusif, pengagihan bantuan kemanusiaan dan menyeru ditamatkan keganasan.



"Namun, saya perlu jujur… tidak ada kemajuan ketara dalam pelaksanaan konsensus lima perkara, jadi perpaduan di Asean diperlukan untuk melakar hala tuju kita ke hadapan," katanya kepada rakan sejawatannya dari Asean, lapor The Straits Times.



Konsensus itu, yang dipersetujui Asean bagi Myanmar pada 24 April 2021, antara lain menggesa semua pihak terlibat agar mengadakan dialog dan menghentikan keganasan; melantik duta khas Asean bagi membantu proses timbang tara; membenarkan Asean menyediakan bantuan kemanusiaan dan agar rombongan Asean dibenarkan melawat Myanmar untuk bertemu semua pihak terlibat.



Namun, Encik Jokowi menegaskan bahawa isu Myanmar tidak akan menghalang usaha dalam pembangunan masyarakat di Asean kerana itu adalah "salah satu perkara yang diharapkan dan ditunggu-tunggu oleh rakyat di Asean".



Beliau juga menyentuh pelaksanaan Harapan Asean mengenai Indo-Pasifik (AOIP), sambil menggesa "kerjasama konkrit dan inklusif" untuk mengurangkan ketegangan di rantau Indo-Pasifik.



Katanya, salah satu cara ialah dengan menjalin kerjasama kukuh dengan negara rakan kongsi.



AOIP, yang diperkenalkan pada Sidang Puncak Asean Jun 2019, adalah laporan yang menyediakan panduan buat Asean untuk meningkatkan kerjasama dan pembangunan di Indo-Pasifik.



Ia dikeluarkan antaranya sebagai respons kepada persaingan strategik antara dua kuasa besar, Amerika Syarikat dan China.



Pada masa sama, Asean menyatakan bahawa mereka tidak akan berputus asa untuk cuba menamatkan keganasan di negara anggota Myanmar walaupun tentera pemerintah di situ tidak membuat kemajuan dalam rancangan damai, lapor Reuters.



Indonesia, selaku pengerusi Asean tahun ini, berkata kekecewaan semakin meningkat dalam kalangan anggotanya terhadap Myanmar dan bagaimana untuk menangani kemelut politik berdarahnya yang menimbulkan persoalan tentang keberkesanan dan perpaduan kumpulan itu.



Encik Jokowi berkata pencabulan hak asasi manusia di Myanmar tidak boleh diterima dan keganasan di sana harus dihentikan dengan rakyatnya segera dilindungi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >