Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jordan bunyikan siren tanda mula perintah berkurung

Mar 21, 2020 | 6:11 PM
PERINTAH BERKURUNG: Ribuan askar dikerah di bandar dan lebuhraya utama di serata Jordan sedang perintah berkurung bermula di negara itu.
PERINTAH BERKURUNG: Ribuan askar dikerah di bandar dan lebuhraya utama di serata Jordan sedang perintah berkurung bermula di negara itu. - Foto REUTERS

AMMAN: Jordan membunyikan siren bagi menandakan permulaan perintah berkurung di negara itu hari ini (21 Mac) bagi menghadkan pergerakan 10 juta warganya.

Ini sebagai sebahagian usaha membendung penularan koronavirus di negara itu.

Menurut tentera tempatan, sesiapa yang didapati melanggar perintah itu boleh dipenjara sehingga setahun.

Ribuan askar juga telah dikerah di bandar dan di lebuhraya utama di serata negara manakala kenderaan polis berperisai meronda jalan raya di bandar utama.

Jordan telah menutup sempadan laut dan daratnya dengan Syria, Iraq, Mesir dan Israel, serta menggantung semua penerbangan keluar dan masuk sejak Selasa lalu.

Perintah berkurung itu dilaksana selepas kerajaan Jordan mendapati masih terdapat ramai orang di jalan raya walaupun setelah diberi amaran untuk tidak keluar rumah. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg