Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jual murah ikan agar dapur keluarga terjejas berasap

Sep 01, 2021 | 05:30 AM



KUANTAN: Dalam masa kira-kira sejam sahaja, 165 kilogram ikan selayang segar yang dijual pada harga hanya 20 sen Malaysia (6.4 sen Singapura), habis dibeli semasa satu program jualan amal di sini.



Program itu dikhususkan buat golongan terkesan akibat pandemik dan sekatan pergerakan Covid-19, dan dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, Dapur Infaq Ummah.



Setiausahanya, Encik Zahir Shah Zahid, berkata setiap wakil keluarga hanya boleh membeli satu kilogram ikan itu pada harga RM5.



"Sambutan begitu menggalakkan, hanya dalam kira-kira sejam satu tong ikan selayang yang dibekalkan nelayan tempatan habis dijual.



"Ini kali pertama kami adakan program jualan amal ikan segar bagi membantu meringankan beban golongan memerlukan yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang sudah agak lama berlarutan tahun ini," katanya.



Sebelum ini, Dapur Infaq Ummah mengadakan jualan amal 150 ayam segar pada harga RM5 seekor.



"Kami bukan cari untung, tapi hanya mahu membantu golongan memerlukan yang terkesan oleh pelaksanaan PKP (perintah kawalan pergerakan)," katanya, yang turut membantu menjual ayam di Laman Kopi & Teh di Indera Mahkota, di sini.



Menurut beliau, jualan bermula 9.30 pagi namun setengah jam sebelum itu sudah ramai datang untuk membeli ikan itu.



"Selepas ini kami akan memikirkan barang keperluan apa lagi yang sesuai untuk dijual murah bagi membantu masyarakat, mungkin sayur segar terus dari ladang.



"Sebelum ini Dapur Infaq Ummah memberi sumbangan keperluan asas kepada 100 individu miskin bandar di daerah ini menerusi program 'Foodbank'.



"Setiap hari kami turut menyediakan makan tengah hari dan malam kepada lebih 150 anggota masyarakat Lorong Wong Ah Jang yang turut terkesan oleh PKP," katanya.



Beliau mempelawa mana-mana pihak yang bermurah hati untuk memberi sumbangan bagi mengisi dana membantu golongan memerlukan. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >