Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM M'SIA

Jumlah calon terbesar dalam sejarah pilihan raya M'sia; sukar elak kerajaan gabungan

Nov 07, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH rekod seramai 945 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, dengan sebahagiannya terikat dalam persaingan berbilang penjuru, menambah kemungkinan kerajaan gabungan ditubuhkan kerana tiada gabungan parti dijangka mendapat mandat majoriti untuk menubuhkan kerajaan.



Malah, ketua gabungan parti utama telah berkata mereka terbuka bekerjasama dengan gabungan parti lain.



Kerajaan gabungan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) adalah satu kemungkinan yang tidak dapat ditolak, kata pemerhati politik, Dr Oh Ei Sun.



Tiga pakatan utama telah muncul dalam PRU15 - BN yang dipimpin Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; PH yang dipimpin Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Dr Oh berkata PH dan BN dijangka memenangi jumlah kerusi yang paling banyak, sementara secara perbandingan, PN mungkin gagal menandingi jumlah undi yang akan diperolehi dua pesaing utamanya itu.



"Justeru, BN dan PH boleh menubuhkan kerajaan dengan satu sama lain, yang dibentuk oleh parti-parti yang menganggotai gabungan masing-masing; dan juga parti-parti lebih kecil yang boleh diserap ke dalam gabungan kerajaan," kata Dr Oh, Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.



Pengarah di BowerGroupAsia, Encik Adib Zalkapli, berkata:



"Sekiranya tiada gabungan yang mendapat kerusi majoriti di Parlimen, maka besar kemungkinan akan ada perundingan antara parti-parti politik untuk membentuk kerajaan campuran."



Kelmarin, beberapa pemimpin gabungan parti telah menyuarakan kesediaan mereka bekerjasama dengan pihak lain jika mereka tidak mendapat majoriti mudah atau kelebihan undi berbanding pesaing lain.



Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid, berkata pihaknya bersedia untuk kerjasama dengan mana-mana gabungan sekiranya BN tidak dapat meraih majoriti mudah.



Memberi respons, Tan Sri Muhyiddin berkata pihaknya perlu membincangkan sebarang gabungan dengan parti atau gabungan parti lain kerana ia adalah satu keputusan besar yang seharusnya melibatkan kepimpinan PN.



Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengepalai gabungan parti Gerakan Tanah Air (GTA), berkata:



"Kami berhasrat untuk bekerjasama dengan parti-parti lain, tetapi mereka harus parti-parti yang bersih, dan tidak dipimpin penyamun dan banduan."



Tempoh berkempen 14 hari terus rancak semalam, menjelang hari membuang undi pada 19 November.



Lebih 21 juta rakyat Malaysia layak mengundi untuk memilih wakil mereka di parlimen.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >