Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR DI MALAYSIA

Jumlah hujan di Johor dalam tempoh 4 hari tertinggi sejak 1991

Mar 06, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Jumlah hujan yang direkodkan di stesen Air Panas di Segamat, Johor, bagi tempoh bermula 28 Februari hingga 3 Mac ialah 731 milimeter (mm) - jumlah tertinggi berbanding rekod hujan bulanan tertinggi pada Disember 1991 dan Disember 2006.



Jumlah yang direkodkan pada Disember 1991 ialah 621 mm sebulan, manakala pada Disember 2006 ialah 599 mm.



Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh, berkata jumlah itu juga lebih tinggi daripada purata hujan bulanan bagi Mac di Johor iaitu 195 mm.



"Hujan lebat menyebabkan semua daerah di Johor banjir, melibatkan 150 kawasan sehingga (3 Mac), sementara kedalaman banjir bagi kawasan terjejas ialah antara satu hingga tiga meter," kata beliau.



Datuk Md Nasir juga berkata stesen hujan di Empangan Bekok mencatatkan bacaan kumulatif 322 mm hujan dalam tempoh 24 jam pada 28 Feb dan 1 Mac.



"Hujan yang lebih menyebabkan air daripada empangan dilepaskan dari 28 Februari sehingga sekarang dengan kawasan yang terjejas termasuk Pekan Yong Peng, Ladang Chaah, Jalan Yong Peng - Segamat (berhampiran Kampung Ngamarto), Kampung Haji Kamisan dan Sungai Temehil," tambahnya.



Beliau berkata berikutan hujan lebat berterusan di kawasan tadahan air membabitkan beberapa empangan di Johor, JPS memutuskan untuk mengeluarkan air sambil mengikut prosedur operasi standard bagi empangan itu.



"Limpahan air dari empangan melalui alur tumpahan akan berlaku apabila paras air di empangan melebihi paras tertinggi. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa bersiap sedia dan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pusat kawalan operasi banjir negeri atau daerah.



"Pada masa ini, sebanyak 15 pam mudah alih berkapasiti 10 cusec (kaki padu sesaat) edang beroperasi di kawasan kritikal di Batu Pahat, Pontian dan Tangkak.



"Kita juga mempunyai 10 lagi pam mudah alih berkapasiti 10 cusec lengkap dengan generator sedia untuk dihantar ke Johor sebagai pam tambahan," katanya.



Datuk Md Nasir menambah bahawa penggunaan pam mudah alih adalah tambahan kepada sistem perparitan dan pam sedia ada untuk mempercepatkan aliran keluar air banjir bagi mengurangkan kedalaman air banjir. - New Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >