Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah kematian akibat Covid-19 di Brazil melepasi 30,000 korban

Jun 3, 2020 | 11:30 AM
TUNJUK PERASAAN: Seorang penunjuk perasaan anti-pemerintah di Manaus, Brazil, dilihat memakai pelitup kerana penularan penyakit koronavirus (Covid-19) memegang sepanduk bendera Brazil dengan mesej "Black Lives Matter" sebagai membantah tindakan polis Amerika Syarikat yang membawa kematian seorang warga negara itu yang berkulit hitam, Encik George Floyd, semasa dalam tahanan polis pada 25 Mei lalu.
TUNJUK PERASAAN: Seorang penunjuk perasaan anti-pemerintah di Manaus, Brazil, dilihat memakai pelitup kerana penularan penyakit koronavirus (Covid-19) memegang sepanduk bendera Brazil dengan mesej "Black Lives Matter" sebagai membantah tindakan polis Amerika Syarikat yang membawa kematian seorang warga negara itu yang berkulit hitam, Encik George Floyd, semasa dalam tahanan polis pada 25 Mei lalu. - - Foto: REUTERS

RIO DE JANEIRO: Brazil melepasi 30,000 kematian akibat wabak koronavirus sedang penyakit ini terus menular di negara yang paling teruk terjejas di rantau Amerika Selatan.

Angka yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan menunjukkan catatan baru 1,262 kematian serta 28,936 jangkitan baru semalam dalam tempoh 24 jam.

Angka-angka itu muncul ketika beberapa negeri di Brazil mulai melonggarkan sekatan sejak beberapa minggu mematuhi tindakan kuarantin yang membantutkan ekonomi walaupun ada amaran dari WHO dan ahli epidemiologi.

Jumlah keseluruhan kes yang disahkan - 555,383 - menjadikan Brazil sebagai negara kedua paling terjejas selepas Amerika Syarikat.

Angka kematian rasmi Covid-19 hari ini adalah sebanyak 31,199 dan merupakan yang keempat tertinggi di dunia, selepas Amerika Syarikat, Britain dan Italy.

Pakar menganggarkan jumlah sebenar jangkitan boleh sampai 15 kali lebih tinggi daripada angka rasmi, melihat kepada kadar ujian yang rendah di negara seramai 210 juta penduduk itu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg