Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah kematian ekoran gempa di Afghanistan dijangka meningkat

Jun 23, 2022 | 5:30 AM
GEGARAN: Peta menunjukkan kawasan yang terjejas dek gempa dengan ukuran 6.1 pada skala Richter. - AFP
GEGARAN: Peta menunjukkan kawasan yang terjejas dek gempa dengan ukuran 6.1 pada skala Richter. - AFP -

GARDEZ, AFGHANISTAN: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter telah meragut sekurang-kurangnya 1,000 jiwa di Afghanistan awal pagi semalam, kata pegawai, sambil menambah bahawa ratusan orang cedera dan angka kematian mungkin meningkat dari perkampungan pergunungan terpencil.

Gempa itu berlaku kira-kira 44 kilometer (km) dari bandar Khost, berhampiran sempadan Pakistan, pada kedalaman 51 km, kata pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.

"Getaran yang kuat dan panjang," seorang penduduk di ibu kota Afghanistan, Kabul, menyiarkan di laman web Pusat Seismologi Eropah-Mediterania (EMSC).

Gambar-gambar di media Afghanistan menunjukkan runtuhan rumah dan mayat ditutup dengan selimut di atas tanah.

EMSC meletakkan magnitud pada 6.1 walaupun USGC berkata ia adalah 5.9.

Kebanyakan kematian yang disahkan adalah di wilayah Pakistan di timur Afghanistan, di mana 255 orang terbunuh dan lebih 200 cedera, kata pegawai kementerian dalam negeri, Encik Salahuddin Ayubi.

"Jumlah kematian mungkin meningkat kerana beberapa kampung berada di kawasan terpencil di pergunungan dan ia akan mengambil sedikit masa untuk mengumpul butiran," katanya.

Pihak berkuasa telah melancarkan operasi menyelamat dan helikopter digunakan untuk membantu mangsa yang cedera dan mengambil bekalan perubatan dan makanan, tambahnya.

Gegaran dirasai oleh kira-kira 119 juta orang di Pakistan, Afghanistan dan India, kata EMSC di Twitter. - Agensi berita.

"Kebanyakan kematian yang disahkan adalah di wilayah Pakistan di timur Afghanistan, di mana 255 orang terbunuh dan lebih 200 cedera." - Pegawai kementerian dalam negeri, Encik Salahuddin Ayubi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg