Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Jumlah kematian restoran runtuh di China meningkat

Aug 31, 2020 | 5:30 AM
- Foto AFP
- Foto AFP -

BANGUNAN RUNTUH: Jumlah mangsa yang terbunuh dalam kejadian restoran runtuh di utara China meningkat kepada 29 orang, sedang usaha mencari mangsa yang masih hidup dihentikan. Bangunan dua tingkat di kawasan Xiangfen, wilayah Shanxi itu runtuh pagi kelmarin, menurut agensi berita rasmi Xinhua. Seramai 57 orang berjaya ditarik keluar dari runtuhan restoran Juxian itu, sementara puluhan lain cedera. Tujuh mangsa pula parah, walaupun Xinhua berkata kecederaan itu "tidak mengancam nyawa". Media penyiaran negara CGTN berkata operasi menyelamat itu berakhir awal pagi semalam. Seramai 700 orang terlibat dalam operasi menyelamat itu, kata CGTN. Punca utama keruntuhan tersebut belum diketahui dan pusat pemerintah Dewan Negara berkata ia akan mengawasi siasatan itu bawah pihak berkuasa wilayah. Rakaman di laman CGTN menunjukkan bumbung itu tertimbus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg