Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah kes Covid-19 baru tertinggi di M'sia dengan 3,027 kes; 8 terkorban

Jan 7, 2021 | 6:26 PM
Ramai dilihat sedang beratur untuk menunggu giliran ujian Covid-19 mereka di Shah Alam pada 7 Januari 2021. -
Ramai dilihat sedang beratur untuk menunggu giliran ujian Covid-19 mereka di Shah Alam pada 7 Januari 2021. - - FOTO: REUTERS

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat angka harian tertinggi dengan 3,027 jangkitan baharu Covid-19 pada Khamis (7 Jan).

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif mencecah 128,465 jangkitan dengan 25,221 kes aktif, lapor akhbar Berita Harian Malaysia (BHM)

"Daripada jumlah itu, 3,021 adalah kes penularan tempatan, manakala enam lagi adalah kes import.

"Terdapat 142 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 63 kes lagi menggunakan bantuan alat pernafasan," menurut kenyataan di Facebook kementerian itu.

KKM turut melaporkan kes kematian meningkat hari ini kepada lapan orang, ini menjadikan jumlah kumulatifnya kepada 521 kes setakat ini.

Dalam pada itu, kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 2,145 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh bertambah kepada 102,723 orang di seluruh negara.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, Johor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,103 jangkitan baharu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negeri itu meningkat kepada 9,002 kes. - BERITA HARIAN MALAYSIA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg