JAKARTA: Indonesia kini melepasi Filipina untuk menjadi negara paling teruk dilanda wabak Covid-19 di Asia Tenggara, sedang jumlah jangkitan di negara itu naik kepada hampir 6,000 orang pada Jumaat (17 April).

Sebelum ini, Filipina, yang kini mempunyai 5,878 kes secara keseluruhan, merupakan negara yang mempunyai bilangan kes tertinggi di rantau ini namun setelah Indonesia melaporkan 407 kes jangkitan baru dalam sehari pada Jumaat, jumlah kes jangkitan secara keseluruhan di negara itu naik kepada 5,923 orang.

Ia juga melaporkan lagi 24 pesakit maut ekoran virus itu, menjadikan keseluruhan 520 orang terkorban - juga angka tertinggi di Asia Tenggara, lapor The Straits Times (ST).

Seramai 59 pesakit pula telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah pulih secara keseluruhan kepada 607 orang.