Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Dunia0

Jumlah kes Covid-19 sedunia hampir 100j

Jan 25, 2021 | 05:30 AM

WASHINGTON: Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini hampir mencapai 100 juta.

Setakat pagi semalam, menurut angka Worldometers, jumlah kes jangkitan ialah 99,321,018 kes.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, manakala jumlah kematian pula sudah mencecah 2. 13 juta.

Data terbaru menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25 juta kes dengan lebih 427,000 kematian.

Amerika mengesahkan 2.5 juta kanak-kanak positif ujian Covid-19, menurut laporan terkini Akademi Pediatrik Amerika (AAP) dan Persatuan Hospital Kanak-kanak. Lebih 211,000 kes baru kanak-kanak dilaporkan minggu lalu setakat 14 Januari, kes mingguan tertinggi sejak pandemik tersebar, menurut AAP.

Berita Popular

Ini diikuti India dengan 10.65 juta kes dengan lebih 153,000 kematian dan Brazil dengan 8.81 juta kes dengan lebih 216,000 kematian.

Manakala negara yang melepasi angka tiga juta kes adalah Russia, Britain dan Perancis sementara Sepanyol, Turkey dah Jerman melebihi dua juta kes.

Jumlah kematian Covid-19 di Britain dalam tempoh 28 hari melepasi 90,000 selepas 1,610 lagi kes disahkan, menurut angka rasmi.

Ia jumlah kematian tertinggi sejak pandemik itu menular di negara ini, menjadikan angka kematian berjumlah 91,470.

Manakala di Jerman, pemerintah negeri dan persekutuan bersetuju melanjutkan langkah pencegahan sekurang-kurangnya sehingga 14 Februari.

Kebanyakan kedai dan sekolah masih ditutup dan orang ramai diminta terus menghadkan kontak dan berada di rumah sehingga beberapa minggu akan datang.

Suruhanjaya Eropah pula meminta negara Kesatuan Eropah (EU) mempercepat vaksinasi Covid-19, dengan menyasarkan suntikan kepada 70 peratus populasi dewasa menjelang musim panas.

Menurut kenyataan dikeluarkan badan eksekutif EU itu, sekurang-kurangnya 80 peratus pekerja kesihatan dan sosial serta 80 peratus warga emas berusia lebih 80 tahun harus diberi vaksin sebelum akhir Mac.

Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Hospital di ibu negara Mexico kini sesak akibat jumlah pesakit yang menerima rawatan akibat positif Covid-19.

Ia menyebabkan orang ramai terpaksa membeli tangki oksigen untuk rawatan bagi ahli keluarga mereka yang positif virus itu dan terpaksa menerima rawatan di rumah.

Antaranya ialah Encik Eduardo Martinez yang beratur untuk membeli tangki oksigen bagi keperluan ibunya yang berusia 55 tahun.

Keadaan menjadi semakin mencemaskan apabila dua orang jirannya meninggal dunia akibat Covid-19.

"Di kawasan tempat tinggal kami, penduduk sangat cuai dan mereka tidak memakai pelitup," katanya yang ditukil AFP .

Bandar dengan kapasiti penduduk sembilan juta orang itu kini diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga pada tahap maksimum sejak pertengahan Disember tahun lalu kerana kapasiti hospital sudah mencecah 90 peratus.

Mexico kini merekodkan lebih 140,000 kematian akibat Covid-19, dengan 26,000 daripadanya dilaporkan di ibu negaranya,

Ia adalah negara keempat dengan kadar kematian tertinggi akibat virus itu, selepas Amerika, Brazil dan India. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map