Jumlah kes jangkitan Covid-19 harian di Malaysia menurun
Jumlah kes jangkitan Covid-19 harian di Malaysia menurun
Sep 18, 2021 | 7:33 PM
JALANI SUNTIKAN: Kakitangan perubatan dilihat memakai alat pelindung diri (PPE) bercakap dengan pengunjung pusat pemeriksaan penyakit koronavirus di Shah Alam, Malaysia, pada 30 Ogos lalu. - REUTERS
PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 15,549 kes berbanding semalam, 17,577 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak menjadi negeri terbanyak kes positif iaitu 2,929 diikuti Johor (2,208), Selangor (1,995), Sabah (1,395), Pulau Pinang (1,375), Kelantan (1,214), Perak (1,120) dan Kedah (1,073).
"Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Terengganu (755), Pahang (634), Kuala Lumpur (382), Melaka (263) dan Negeri Sembilan (131).
"Perlis merekodkan 33 kes dan Putrajaya, 31 kes manakala Labuan (11)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE

