Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah kes koronavirus sedunia hampir cecah 2 juta orang

Apr 15, 2020 | 10:00 AM
SAAT KECEMASAN: Para petugas perubatan memakai pakaian pelindungan diri sedang mereka segera membawa seorang pesakit yang mengalami serangan jantung di depan Howard Houses ke hospital sedang penularan jangkitan koronavirus terus merebak di kawasan Brooklyn, New York, Amerika Syarikat
SAAT KECEMASAN: Para petugas perubatan memakai pakaian pelindungan diri sedang mereka segera membawa seorang pesakit yang mengalami serangan jantung di depan Howard Houses ke hospital sedang penularan jangkitan koronavirus terus merebak di kawasan Brooklyn, New York, Amerika Syarikat - REUTERS

JUMLAH kes jangkitan koronavirus kini hampir mencecah 2 juta orang di seluruh dunia, menurut perangkaan terkini Pusat Rujukan Koronavirus Universiti dan Perubatan John Hopkins.

Pemeriksaan Berita Harian di laman tersebut pada 10 pagi ini mendapati, secara keseluruhan seramai 1,979,477 orang telah disahkan positif sementara jumlah kematian kini mencapai 126,539 orang.

Amerika Syarikat terus berdepan dengan jumlah kematian yang semakin bertambah, apabila seramai 2,228 orang dilaporkan terkorban semalam, menjadikannya jumlah kematian terbesar dalam sehari.

Sejauh ini, 608,377 kes jangkitan koronavirus dilaporkan di negara yang mempunyai jumlah penduduk ketiga terbesar di dunia itu.

Jumlah yang dicatatkan Amerika Syarikat adalah tiga kali lebih tinggi berbanding negara-negara lain. Sepanyol yang menduduki tangga kedua kes positif koronavirus paling banyak di dunia, mencatatkan 174,060 kes positif dengan 18,255 kematian sementara Italy di tangga ketiga pula merekodkan 162,488 kes dengan 21,067 korban - lebih tinggi berbanding Sepanyo.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg