Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jumlah korban gempa Sulawesi meningkat

Jan 18, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Sekurang-kurangnya 56 orang terbunuh setelah gempa bumi melanda wilayah Sulawesi Barat di Indonesia Jumaat lalu, kata Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) semalam.



Lebih 820 orang cedera dan kira-kira 15,000 meninggalkan kediaman mereka setelah berlaku gempa dengan kekuatan 6.2, tambah BNPB.



Ada yang berlindung di kawasan pergunungan, sementara yang lain pergi ke pusat pemindahan yang sempit, kata saksi.



Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia menyatakan satu lagi gempa di kawasan itu berpotensi mencetuskan tsunami.



Penyelamat menghabiskan berhari-hari untuk menarik mayat dari bawah bangunan yang runtuh di Mamuju, sebuah kota dengan penduduk 110,000 orang di wilayah Sulawesi Barat, dengan sebuah hospital diratakan oleh gempa itu, selain sebuah pusat membeli-belah juga roboh.



Sebilangan penduduk terbunuh di selatan bandar itu.



Gambar dari udara di kota tepi pantai itu menunjukkan bangunan mengalami kemusnahan teruk, termasuk pejabat gabenor wilayah.



Tidak jelas berapa banyak lagi mayat yang berada di bawah runtuhan musnah, atau jika ada yang masih terperangkap tetapi masih hidup selepas lebih dua hari berlakunya bencana itu.



Pihak berkuasa belum memberi angka jumlah mangsa yang terselamat.



Sepasang adik beradik perempuan diselamatkan daripada runtuhan bangunan dan kini dirawat di hospital.



Sementara itu, mayat ditemui di bawah bangunan hospital yang runtuh, sementara lima anggota daripada keluarga seramai lapan orang, ditemui mati di kawasan kediaman mereka yang runtuh.



Ribuan orang yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa itu pergi ke tempat perlindungan sementara - berupa khemah-khemah yang dipenuhi ramai anggota keluarga - yang dilanda hujan lebat monsun.



Penduduk yang terjejas mengatakan mereka sudah kekurangan makanan, selimut dan bantuan lain, sedang bekalan kecemasan dikejarkan ke wilayah yang teruk terjejas itu.



Ramai mangsa yang terselamat tidak dapat kembali ke rumah mereka yang musnah, atau terlalu takut untuk kembali kerana bimbang tsunami yang dicetuskan oleh gempa susulan, yang boleh berlaku setelah gempa bumi kuat.



"Lebih baik berlindung sebelum sesuatu lebih buruk terjadi," kata penduduk bandar Mamuju, Encik Abdul Wahab, yang berlindung di khemah bersama isteri dan empat anaknya, termasuk seorang bayi.



"Kami harap pemerintah dapat segera memberi bantuan seperti makanan, ubat dan susu buat anak-anak," tambahnya.



Pusat gempa adalah 36 kilometer (km) di selatan Mamuju dan pada kedalaman 18 km. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >