Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR DI MALAYSIA

Jumlah mangsa banjir di Johor berkurang

Jan 06, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 5,399 daripada 1,430 keluarga di 81 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan tujuh daerah, setakat 9 pagi semalam.



Ini berbanding seramai 5,588 mangsa pada malam kelmarin.



Namun, daerah Tangkak mencatat peningkatan ketara jumlah mangsa banjir iaitu 598 orang daripada 143 keluarga ditempatkan di 13 PPS pada pagi semalam, berbanding 472 mangsa daripada 119 keluarga pada malam kelmarin, demikian menurut Ekso Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik R Vidyananthan.



Beliau berkata walaupun Segamat menunjukkan penurunan mangsa banjir, jumlah yang dicatatkan kekal tinggi iaitu seramai 3,804 orang daripada 1,014 keluarga di 51 PPS.



"Tiga daerah lain yang meningkat sedikit meliputi Muar dengan 161 mangsa daripada 42 keluarga, dan Batu Pahat dengan 111 mangsa daripada 31 keluarga.



"Turut bertambah iaitu di Kluang dengan 124 mangsa daripada 37 keluarga," katanya dalam satu kenyataan semalam, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Beliau menambah, tiga sungai masih berada pada aras bahaya iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Sungai Buloh Kasap di Segamat, dan Sungai Kesang di Kampung Seri Maamor dekat Tangkak.



Sementara itu, Pasukan Gerakan Am (PGA) Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Polis Udara (PGU) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) digerakkan ke Segamat, Johor, untuk operasi pascabanjir.



Mereka bakal melaksanakan operasi pembersihan infrastruktur awam dan rumah ibadat.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata menerusi Op Banjir, secara keseluruhan terdapat enam agensi termasuk termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan kekuatan 377 anggota dikerah ke daerah itu.



Agensi lain ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan 57 anggota, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (25), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (15), Angkatan Relawan Rakyat Malaysia (23) serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (10).



Tan Sri Acryl Sani berkata PDRM bersama agensi keselamatan lain akan dan sedang mengambil tindakan segera di Segamat dan beberapa lokasi terjejas banjir di Johor bagi memindahkan mangsa ke tempat ditetapkan.



"PDRM komited dalam memastikan kebajikan masyarakat kekal terpelihara.



"Untuk itu, saya arahkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, untuk menyelaraskan segala bantuan bagi penduduk terputus hubungan akibat banjir, melalui jalan udara dan air.



"Sebuah helikopter milik PGU juga digunakan bagi menghantar bekalan keperluan bagi penduduk di Segamat yang terputus hubungan ekoran jalan darat dinaiki air," katanya dalam satu kenyataan semalam, lapor BHM.



Sementara itu, The Straits Times melaporkan daerah Segamat, kira-kira dua setengah jam memandu ke utara dari ibu kota Johor, Johor Bahru, paling teruk terjejas dengan satu video di Twitter menunjukkan seluruh kampung ditenggelami air.



Enam negeri lain - Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Selangor dan Terengganu - turut dilanda banjir dengan hampir 13,000 orang kehilangan tempat tinggal.



Kabinet Malaysia bermesyuarat semalam untuk membincangkan situasi banjir ketika operasi pembersihan posbanjir diteruskan di kawasan yang dilanda gelombang pertama hujan lebat pada pertengahan Disember lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >