Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR DI MALAYSIA

Jumlah mangsa di seluruh negara berkurangan

Dec 28, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di seluruh Malaysia terus mencatat penurunan dengan dilaporkan seramai 27,254 orang terjejas semalam, berbanding 33,815 orang di lima negeri pada hari sebelumnya.



Berdasarkan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 8,220 keluarga masih berada di 182 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.



Di Kelantan sahaja, seramai 378 mangsa daripada 127 keluarga di PPS manakala di Selangor 10,259 mangsa daripada 2,932 keluarga.



Pahang pula ada 16,504 mangsa daripada 5,125 keluarga; Melaka 29 daripada sembilan keluarga; dan Negeri Sembilan 84 daripada 27 keluarga, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) menganggarkan kos semasa kerja pembaikan jalan Persekutuan dan negeri kelolaannya, bernilai kira-kira RM900 juta ($291.46 juta).



Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata anggaran itu berdasarkan penilaian tahap kerosakan selepas JKR melaksanakan pemeriksaan ke atas aset jalan.



Katanya, pemeriksaan mendapati banyak kerosakan berlaku pada jalan, jambatan, longkang, cerun dan struktur lain, yang memerlukan pembaikan segera.



"Penilaian tahap kerosakan sudah dilaksanakan dan laporan cadangan pembaikan serta kos dimajukan kepada kementerian terbabit dan agensi pusat bagi kelulusan peruntukan.



"Kerja itu termasuk membetulkan permukaan jalan, pembaikan aset jalan yang rosak dan pembaikan serta pengukuhan cerun," katanya kepada BHM.



Ditanya tumpuan kerja pembaikan pascabanjir itu, Datuk Fadillah menjelaskan, tumpuan utama JKR adalah bagi memastikan semua aset kerajaan di bawah seliaan JKR iaitu jalan, jambatan dan cerun tepi jalan, yang terjejas akibat bencana dibaik pulih dan selamat digunakan pengguna.



Katanya, ia dilaksanakan berdasarkan tahap kerosakan yang berlaku seperti menjalankan kerja pembersihan runtuhan, mengeluarkan komponen tanah longgar serta pemantauan dari semasa ke semasa.



"Laluan akan dibuka jika ia selamat digunakan," katanya.



Bagi kawasan yang tiada laluan lain, JKR akan membina jambatan sementara, yang mengambil masa tiga hingga empat hari untuk disiapkan dengan menggunakan Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB), atau dikenali sebagai 'Bailey Bridge'.



"JKR mempunyai tujuh stor penyimpanan 'Bailey Bridge' di seluruh Malaysia meliputi zon utara, selatan, timur dan tengah.



"Aset ini digunakan apabila berlakunya bencana," katanya.



Selain itu, Datuk Fadillah berkata JKR menjadi jabatan teknikal dan pakar rujuk kerajaan dalam bidang kejuruteraan forensik, geoteknik, struktur dan lain-lain, termasuk mengesan kedudukan cerun berisiko.



Ketika ini, katanya, JKR sedang memeriksa pergerakan tanah runtuh dan kegagalan struktur, selain mengenal pasti kedudukan cerun yang perlu diperkukuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >