Jumlah mangsa terhidu gas kimia berbahaya terus meningkat
Premium
Jumlah mangsa terhidu gas kimia berbahaya terus meningkat
Mar 14, 2019 | 5:30 AM
JADI MANGSA: Seorang pelajar sedang dirawat kerana masalah pernafasan setelah bahan kimia dihumban secara haram di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor. - Foto THE STAR -
PASIR GUDANG: Apa yang bermula sebagai perbuatan mengambil jalan mudah membuang bahan kimia di bawah sebuah jambatan di Kota Masai, Johor, menjadi satu bencana dengan hampir 500 orang, kebanyakannya kanak-kanak, dirawat kerana masalah pernafasan.
Puluhan ambulans dilihat bertali arus memasuki Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, di sini, sejak 10 pagi semalam, untuk membawa pelajar yang dipercayai terhidu gas kimia berbahaya.

