Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jumlah penduduk dunia cecah 8 bilion tahun ini: PBB

Jul 11, 2022 | 02:31 PM



NEW YORK: Jumlah orang di dunia dijangka mencapai lapan bilion pada 15 November, menurut satu ramalan yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam. Laporan itu juga mengatakan bilangan penduduk di India akan mengatasi bilangan penduduk di China pada tahun depan, menjadikannya negara dengan bilangan orang terbanyak didunia.



Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres berkata: “Jumlah keseluruhan penduduk ini peringatan terhadap tanggungjawab bersama untuk menjaga planet kita ini dan ia juga ialah saat untuk kita imbas semula mana-mana komitmen yang masih belum kita penuhi.”



Beliau tidak memberikan butiran lain mengenai komitmen yang dianggapnya belum lagi dipenuhi.



Menambah, Encik Guterres berkata jangkaan jumlah penduduk tertinggi ini juga adalah satu peluang untuk meraikan sifat kemanusiaan dna kepelabagaian yang wujud, termasuk kemajuan dalam jagaan kesihatan yang telah melanjutkan hayat manusia. “Ia juga telah mengurangkan secara drastik kadar kematian ibu dan kanak-kanak,” kata Encik Guterres.



Ramalan yang dilakukan oleh Jabatan Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB itu berkata jumlah warga Bumi sedang bertambah pada kadar yang paling perlahan sejak 1950.



Jumlah penduduk dijangka mencecah 8.5 bilion pada 2030 dan 9.7 bilion pada 2050.



Jumlah ini dijangka mencapai tahap tertinggi iaitu sekitar 10.4 bilion orang pada tahun 2080-an, sebelum menjadi stabil dan kekal di paras itu sehingga 2100.



Dalam pada itu, meskipun kadar kelahiran keseluruhan diamati merosot dalam beberapa negara membangun, lebih separuh daripada jumlah orang yang dijangka meningkat di dunia berasal dari lapan negara, kata laporan itu. Negara-negara ini adalah Congo, Mesir, Habsyah, India, Nigeria, Pakistan, Filipina dan Tanzania.



Mac lalu, seorang penasihat bank pusat di China berkata jumlah penduduk di China akan mencapai angka puncak pada tahun ini, dengan beberapa wilayah melaporkan kadar pertumbuhan penduduk yang lebih rendah.



Encik Cai Fang, seorang ahli jawatankuasa dasar kewangan Bank Rakyat China, berkata ada kemungkinan bilangan penduduk di China akan mencapai angka puncah pada tahun ini.



Ramalan itu pertama kali diterbikan dalam laporan 21st Centurey Business Herald.



Di Mesir pula, bilangan penduduknya kini lebih 100 juta, selepas bilangan warga Mesir bertambah empat ganda dalam tempoh tiga dekad lalu. Bilangan orang di Mesir pada masa ini diramalkan boleh berganda pada 2050. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >