Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah wartawan dipenjara tahun ini tertinggi dalam tiga dekad

Dec 14, 2016 | 3:40 PM
TUNTUT PEMBEBASAN: Wartawan dan aktivis memapar gambar wakil Turkey untuk pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) Erol Onderoglu, aktivis hak asasi Sebnem Korur Fincanci dan wartawan Ahmet Nesin dalam satu tunjuk perasaan pada 8 November lalu di depan mahkamah Cagayan di Istanbul sedang ketiga-tiga individu ini menjalani perbicaraan kerana melakukan propaganda ganas untuk militan Kurdi, sedang keprihatinan memuncak terhadap kebebasan akhbar di negara itu. Onderoglu, Fincanci dan Nesin dibicarakan di mahkamah utama di Istanbul. Mereka diberkas pada Jun lalu tetapi telah dibebaskan sebelum perbicaraan. - Foto AFP
TUNTUT PEMBEBASAN: Wartawan dan aktivis memapar gambar wakil Turkey untuk pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) Erol Onderoglu, aktivis hak asasi Sebnem Korur Fincanci dan wartawan Ahmet Nesin dalam satu tunjuk perasaan pada 8 November lalu di depan mahkamah Cagayan di Istanbul sedang ketiga-tiga individu ini menjalani perbicaraan kerana melakukan propaganda ganas untuk militan Kurdi, sedang keprihatinan memuncak terhadap kebebasan akhbar di negara itu. Onderoglu, Fincanci dan Nesin dibicarakan di mahkamah utama di Istanbul. Mereka diberkas pada Jun lalu tetapi telah dibebaskan sebelum perbicaraan. - Foto AFP -

LEBIH ramai wartawan telah dipenjara tahun ini oleh pemerintah seluruh dunia - paras tertinggi dalam tiga dekad - menurut laporan pertubuhan pemantau hak media.

Laporan oleh Jawatankuasa untuk Melindungi Wartawan (CPJ), sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan, yang berusaha mempertahankan kebebasan akhbar, berkata, sejumlah 259 wartawan telah dipenjara tahun ini, berbanding 199 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Ia merupakan jumlah tertinggi sejak pertubuhan itu mula merekodkan hal sedemikian pada 1990.

Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk wartawan yang telah hilang atau ditahan oleh kumpulan bukan pemerintah.

Selepas Turkey dan China, Mesir, yang menahan 25 wartawan, berada di tangga ketiga senarai yang disiapkan dan dikemaskini CPJ secara tahunan.

Tahun ini menandakan buat pertama kalinya sejak 2008 Iran tidak tercatat sebagai lima negara teratas.

Menurut laporan itu, ini disebabkan mereka yang ditahan pada 2009 pascapilihanraya telahpun menjalani hukuman dan telah dibebaskan.

Menurut CPJ, seramai 81 wartawan telah dipenjara di Turkey sejak 1 Disember, dengan kesemuanya menghadapi tuduhan antipemerintah.

Keadaan darurat masih dilaksanakan di Turkey menyusuli kudeta pada 15 Julai lalu, yang menyaksikan pemerintah bertindak terhadap kumpulan simpatisan di mana ribuan dimasukkan ke penjara dan menyebabkan puluhan ribu kehilangan pekerjaan mereka.

"Di Turkey, kebebasan media berada dalam keadaan tertekan pada awal 2016, dengan pihak berkuasa menangkap, menganggu dan menyingkirkan wartawan dan menutup cawangan berita mereka," kata laporan itu.

Dalam pada itu, seramai 45 wartawan terbunuh sepanjang 2016, dengan 14 daripadanya berlaku di Syria, Yemen dan Iraq masing-masing mencatat 6 korban, Libya dan Afghanistan masing-masing tiga dan dua terbunuh di Pakistan, Turkey, Somalia, India dan Mexico manakala satu kematian dicatatkan di Ukraine, Brazil dan Guinea.

Secara keseluruhannya, sejumlah 1,225 wartawan terbunuh sejak 1992.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg