Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Junta Myanmar tegas 'hapuskan' penentang rampasan kuasa

Mar 28, 2022 | 05:30 AM



NAYPYIDAW (Myanmar): Junta Myanmar akan "menghapuskan" penentang rampasan kuasa, tegas ketua tentera, Jeneral Min Aung Hlaing, semalam sedang pasukan tentera negara itu mempamerkan kekuatannya pada ulang tahun pertama tindakan keras paling berdarah terhadap bantahan oleh aktivis prodemokrasi.



Negara Asia Tenggara itu berada dalam keadaan huru-hara sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021, dengan lebih 1,700 orang dikatakan terbunuh dalam tindakan keras terhadap kumpulan aktivis, menurut satu kumpulan pemantau tempatan.



Pejuang antirampasan kuasa, Angkatan Pertahanan Rakyat, sering bertempur dengan tentera junta, manakala pertempuran juga telah meletus di kawasan sempadan dengan kumpulan pemberontak etnik lebih mapan.



Mempengerusikan perarakan tahunan yang mempamerkan kereta kebal, peluru berpandu, meriam dan tentera berkuda, Jeneral Min Aung Hlaing memberitahu kira-kira 8,000 anggota keselamatan bahawa tentera akan terus menguasai keadaan.



Tentera "tidak akan lagi berunding... dan akan memusnahkan sehingga akhir" kumpulan yang berjuang untuk mengalahkan pemerintahannya, katanya menjelang perarakan Hari Angkatan Tentera di ibu kota Naypyidaw yang dibina tentera.



Sementara itu, penunjuk perasaan antirampasan kuasa menggesa di media sosial untuk mengadakan bantahan "mogok kuasa" nasional pada petang semalam.



Hari Angkatan Tentera memperingati permulaan penentangan penduduk tempatan terhadap pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, dan biasanya menampilkan perarakan tentera yang dihadiri pegawai dan diplomat asing.



Tahun lalu, sedang ketua junta baru Jeneral Min Aung Hlaing memeriksa perbarisan itu, askarnya bertindak keras ke atas mereka yang membantah rampasan kuasa yang telah menggulingkan pemerintah awam pimpinan Cik Aung San Suu Kyi. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >