Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Junta Myanmar tolak permintaan wakil Asean temu anggota NUG

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



YANGON: Junta tentera Myanmar menolak permintaan wakil khas Asean untuk bertemu dengan sekumpulan penggubal undang-undang yang digulingkan - yang disifatkannya sebagai kumpulan pengganas - di tengah-tengah percubaan untuk memecahkan kebuntuan politik selama setahun sejak rampasan kuasa.



Myanmar berada dalam keadaan huru-hara, ekonominya lumpuh dan lebih 1,500 orang awam telah terbunuh dalam tindakan keras tentera sejak rampasan kuasa itu pada Februari 2021, menurut satu kumpulan pemantau tempatan.



Asean, satu blok serantau dengan 10 negara, telah berada di barisan hadapan dalam usaha diplomatik untuk menamatkan krisis yang mencetuskan bantahan besar-besaran dan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan itu, termasuk penahanan 12,000 orang.



Menteri Luar Kemboja, Encik Prak Sokhonn, wakil khas Asean yang baru ke Myanmar, memberitahu satu mesyuarat menteri luar blok itu Khamis lalu bahawa beliau merancang melawat Myanmar pada Mac dan bertemu dengan pegawai tertinggi junta.



Dengan sokongan daripada Malaysia, beliau juga berusaha untuk bertemu dengan anggota Pemerintah Perpaduan Nasional (NUG), (NUG) yang dikuasai penggubal undang-undang daripada parti pemerintah yang digulingkan, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), pimpinan Cik Aung San Suu Kyi.



Kementerian Luar Myanmar mengeluarkan satu kenyataan lewat Ahad mengatakan ia akan menggalak "kerjasama membina dengan Asean termasuk wakil khas".



Namun, ia tidak boleh bersetuju dengan wakil khas itu berbincang dengan "pertubuhan yang melanggar undang-undang dan kumpulan pengganas" kerana mereka "melakukan keganasan dan mengejar laluan yang merosakkan sepenuhnya".



Kementerian itu berkata cadangan itu "bercanggah dengan prinsip piagam Asean tetapi juga menjejas usaha memerangi pengganasan Asean".



"Kementerian sekali lagi menggesa dua anggota itu supaya tidak menggunakan platform Asean untuk membuat komen sedemikian dan menggalak (mereka) mengutuk tindakan pengganas itu," kata kenyataan itu.



Pada Mei tahun lalu, junta tentera mengisytiharkan NUG sebagai "pengganas" dan telah memenjarakan beberapa anggota berpangkat tinggi parti Cik Suu Kyi.



Kebanyakan anggota NUG berada dalam buangan atau bersembunyi dan Cik Prak Sokhonn tidak memberi butiran di mana atau bila mesyuarat akan datang mungkin berlaku.



Myanmar tidak dibenarkan menghadiri Rahat Menteri Luar Asean di Phnom Penh pada Khamis lalu setelah tiada kemajuan dalam mengurangkan keganasan di negara itu, walaupun Encik Prak Sokhonn berkata wakil junta telah dibenarkan mendengar perbincangan yang diadakan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >