Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Junta tentera Myanmar sedia disekat, dipinggir

Ekoran keganasan terhadap pembantah dengan 38 korban
Mar 05, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Junta tentera Myanmar berkata mereka sedia menghadapi sekatan dan peminggiran selepas me rampas kuasa pada 1 Februari lalu, menurut seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, sedang beliau menggesa negara-negara "mengambil langkah paling keras" bagi mengembalikan demokrasi kepada negara di Asia Tenggara itu.



Wakil khas PBB ke Myanmar, Cik Christine Schraner Burgener, berkata 38 orang maut kelmarin - hari keganasan paling buruk sejak berlaku kudeta - sedang pihak tentera cuba mematahkan bantahan.



Cik Schraner Burgener dijadualkan memberi taklimah kepada Majlis Keselamatan PBB hari ini.



Myanmar kini berdepan konflik sejak rampasan kuasa dan penahanan pemimpinnya, Kaunselor Negara, Cik Aung San Suu Kyi, dan sebahagian besar pucuk pimpinan parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD).



NLD menang besar dalam pilihan raya umum 2020, dengan pihak tentera mendakwa berlakunya penipuan.



Suruhanjaya pilihan raya berkata pengundian adalah adil.



Cik Schraner Burgener berkata semasa perbualan dengan timbalan ketua tentera Myanmar Soe Win, beliau telah memberi amaran kepadanya bahawa pihak tentera dijangka berdepan dengan langkah tegas daripada beberapa negara dan dipulaukan sebagai usaha menolak tindakan kudeta.



"Jawapan beliau ialah: 'Kami sudah biasa dengan sekatan, dan kami akan hidup'," katanya kepada wartawan di New York.



"Apabila saya juga memberi amaran kepadanya yang kita akan memulaukan mereka, jawapannya ialah: "Kami perlu belajar berjalan dengan hanya beberapa orang kawan sahaja'."



Dalam pada itu, penunjuk perasaan kembali ke jalanan dan bandar di Myanmar semalam selepas puluhan terbunuh dalam tragedi berdarah diserbu pihak berkuasa semalam.



Menurut PBB, sekurang-kurangnya 38 orang terkorban kelmarin manakala imej dalam talian yang disiarkan menunjukkan pasukan keselamatan menembak ke arah orang ramai.



Paparan menunjukkan mayat penunjuk perasaan bergelimpangan dengan berlumuran darah dan luka peluru di kepala mereka, mengundang kecaman masyarakat antarabangsa.



Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat merayu kepada semua negara agar bersatu suara mengutuk keganasan itu.



"Amerika amat terkejut dengan keganasan yang dilakukan oleh tentera Myanmar terhadap rakyatnya sendiri," katanya.



Presiden Perancis Emmanuel Macron, menggesa agar penindasan itu dihentikan segera manakala Cik Schraner Burgener memberitahu wartawan lebih 50 orang terbunuh sejak pengambilalihan tentera.



Semalam, penunjuk perasaan kembali membanjiri Yangon dan Mandalay, dua bandar terbesar di negara itu serta di bandar lain yang menjadi kawasan pergolakan.



Di sebuah daerah di mana bantahan berlaku hampir setiap hari di Yangon, penunjuk perasaan membina penghalang dengan tayar lama, batu bata, beg pasir, buluh dan kawat berduri.



Junta berusaha menyembunyikan tindakan kekerasan dari seluruh dunia dengan menutup akses Internet dan melarang Facebook iaitu dua pentas media sosial yang paling popular.



Bagaimanapun, penunjuk perasaan, wartawan warga negara dan beberapa kumpulan media terus menghantar imej keluar dari Myanmar.



Khamis lalu, pengebumian seorang wanita berusia 19 tahun yang terbunuh di Mandalay disiarkan secara langsung di Facebook.



Mangsa, Cik Ma Kyay Sin, yang ketika itu memakai baju-T yang memaparkan 'Semua akan baik-baik saja' dengan huruf besar di bahagian depan, ditembak di kepala.



Menurut kumpulan pemantau Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP), pasukan keselamatan menahan hampir 1,500 orang sejak awal rampasan kuasa, dengan 1,200 daripada mereka masih dalam tahanan,



Kumpulan itu mencatatkan lebih daripada 50 kematian termasuk remaja dan individu berusia 20-an tahun yang ditembak di kepala dan dada. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >