Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Junta tentera Mynmar sekat Facebook dan khidmat mesej lain

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Junta tentera Mynmar sekat Facebook dan khidmat mesej lain

Feb 05, 2021 | 05:30 AM

YANGON: Junta tentera Myanmar menyekat laman media sosial Facebook dan khidmat mesej lain di negara itu semalam, untuk memastikan kestabilan sedang mereka mengukuhkan kedudukan mereka menyusuli satu rampasan kuasa dan penahanan pemimpin Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), Cik Aung San Suu Kyi, awal minggu ini.

Langkah untuk menutup mulut aktivis dalam talian itu diambil selepas polis Myanmar mengemukakan tuduhan terhadap Cik Suu Kyi kerana mengimport peralatan perhubungan secara terlarang.

Ini juga selepas junta tentera negara itu terus menghadapi tekanan antarabangsa agar menerima keputusan pilihan raya umum negara itu November lalu.

Dalam pilihan raya itu, NLD pimpinan Cik Suu Kyi meraih kemenangan besar.

Pihak yang menentang junta tentera Myanmar lantang bersuara di Facebook, yang merupakan wadah Internet utama bagi negara itu serta wadah perhubungan bagi perusahaan dan pemerintah.

Penduduk di Yangon dan bandar lain pula memukul periuk belanga serta membunyikan hon kereta mereka buat malam kedua kelmarin, sebagai langkah membantah rampasan kuasa Isnin lalu.

Gambar menunjukkan tunjuk perasaan itu turut menular di Facebook.

Laman media sosial itu turut digunakan untuk berkongsi gambar kempen keingkaran oleh kakitangan di hospital pemerintah di serata negara.

Mereka menuduh junta tentera Myanmar lebih mementingkan diri sendiri daripada pandemik Covid-19, yang telah meragut lebih 3,100 nyawa penduduknya, antara yang tertinggi di Asia Tenggara.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan Myanmar berkata Facebook, yang digunakan separuh daripada 53 juta penduduk di negara itu, akan disekat hingga 7 Februari.

"Sekarang, orang yang menyebabkan masalah kepada kestabilan negara... sedang menyebarkan berita palsu dan salah faham dalam kalangan orang ramai dengan menggunakan Facebook," kata kementerian itu menerusi satu surat.

Bagaimanapun, sesetengah orang mendapati mereka masih boleh menggunakan Facebook dan ada juga yang menggunakan VPN untuk mengelak daripada sekatan itu.

Sementara itu, Cik Suu Kyi tidak kelihatan sejak ditangkap pihak berkuasa awal Isnin lalu.

Pemimpin kanan partinya turut ditangkap.

NLD menang sekitar 80 peratus undi dalam pilihan raya pada 8 November lalu itu, menurut suruhanjaya pilihan raya.

Namun, junta tentera Myanmar enggan menerima keputusan tersebut dan mendakwa terdapat kepalsuan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata mereka akan meningkatkan tekanan antarabangsa untuk memastikan keinginan warga Myanmar dihormati.

"Ini benar-benar tidak dapat diterima setelah pilihan raya - pilihan raya yang saya percaya berlangsung seperti biasa - dan setelah tempoh peralihan panjang," ujar Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, dalam satu wawancara yang disiarkan oleh The Washington Post kelmarin.

Menangani rampasan kuasa di Myanmar adalah satu keutamaan bagi Amerika Syarikat, dan Washington sedang mengkaji kemungkinan mengenakan sekatan sebagai tindak balas, kata Rumah Putih kelmarin.

Junta yang diketuai ketua Tentera Darat Min Aung Hlaing telah mengisytiharkan keadaan darurat selama satu tahun dan telah berjanji akan mengadakan pilihan raya adil, tetapi belum mengatakan bila. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3