YANGON: Bekas pemimpin demokrasi Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, 77 tahun, boleh dipindahkan dari penjara dan menjalani hukuman sebagai tahanan di rumah.
Ini selepas junta tentera Myanmar menyatakan kesediaan mereka untuk mempertimbangkan langkah itu.
Ketua junta tentera, Jenderal Min Aung Hlaing, berkata beliau akan menentukan perkara itu hanya selepas keputusan mahkamah membabitkan pendakwaan kes terhadap Suu Kyi dimuktamadkan.
Sejak rampasan kuasa, Suu Kyi berdepan sekurang-kurangnya 18 pendakwaan membabitkan rasuah hingga kesalahan pilihan raya, dan sudah pun dijatuhkan hukuman penjara selama beberapa tahun.
Penerima Hadiah Nobel (Keamanan) berusia 77 tahun itu telah menghabiskan sekitar separuh tempoh tiga dekad di bawah penahanan dalam rumah.
Sejak berlaku kudeta pada Februari lalu, Suu Kyi telah menghadapi sekurang-kurangnya 18 tuduhan dari kesalahan rasuah kepada pelanggaran undang-undang pilihan raya, dan telah dihukum penjara untuk beberapa kesnya.
Dia bagaimanapun menganggap tuduhan ke atasnya adalah tidak masuk akal dan menafikan kesemua tuduhan yang dikenakan ke atasnya. - Agensi
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg