Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Juri dapati Trump dera penulis secara seksual, arah bayar pampasan AS$5j

May 11, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Wanita penulis sebuah majalah, Cik E. Jean Carroll, yang mengalami penderaan seksual oleh Encik Donald Trump, pada 1990-an dan kemudian dimalukan dengan tuduhan sebagai pembohong, dianugerahkan oleh para juri di sini pampasan AS$5 juta ($6.6 juta).



Mantan presiden Amerika Syarikat itu, yang berkempen untuk kembali ke Rumah Putih dalam pilihan raya presiden 2024, akan kemukakan rayuan, kata jurucakapnya, Encik Steven Cheung.



Encik Trump tidak perlu membayar, selagi kes itu masih dalam proses rayuan.



Cik Carroll, 79 tahun, memberi kenyataan dalam perbicaraan sivil, bahawa Encik Trump, 76 tahun, merogolnya di bilik mencuba pakaian, pusat serbaneka Bergdorf Goodman, di Manhattan, kira-kira pada 1995 atau 1996.



Beliau yang kemudian dicela, melalui satu penulisan pada Oktober 2022, di platform Encik Trump, Truth Social, yang dakwaan itu adalah "satu perbuatan penipuan dan pembohongan".



Cik Carroll meninggalkan mahkamah bersama peguamnya, Encik Roberta Kaplan, tersenyum dan mengenakan kaca mata hitam, memasuki kereta tanpa bercakap kepada para pemberita.



Juri sembilan orang di mahkamah federal Manhattan, menganugerahkan AS$5 juta sebagai pampasan dan ganti rugi punitif.



Walaupun penemuan penderaan seksual sudah cukup untuk membuktikan liabiliti Encik Trump, juri tidak mendapati tertuduh merogol mangsa.



Dalam masa hampir tiga jam berhujah, juri menolak penafian Encik Trump yang dia tidak menyerang Cik Carroll.



Untuk menentukan sabit dakwaan terhadap Encik Trump, para juri yang terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita, perlu sepakat untuk memberi keputusan.



Encik Trump tidak hadir sepanjang perbicaraan, yang bermula pada 25 April lalu.



Dalam tulisannya di platform Truth Social, Encik Trump menyifatkan keputusan itu "memalukan" dan berkata "saya sama sekali tidak tahu siapa sebenarnya wanita itu".



Selaku Presiden dari 2017 hingga 2021, Encik Trump kini berada di hadapan, dalam tinjauan pendapat, sebagai calon presiden bagi parti Republikan, dan telah menunjukkan keupayaan luar biasa untuk mengharungi kontroversi yang mungkin menenggelamkan ahli politik lain.



Tidak mungkin, dalam iklim politik Amerika yang terpolarisasi, bahawa keputusan mahkamah sivil itu akan memberi kesan kepada para penyokong setianya, yang melihat kesnya itu sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu oleh pihak lawan untuk melemahkannya.



"Mereka yang tidak sukakan Encik Trump, akan terus bersikap demikian, dan penyokong setia beliau tidak akan berubah sikap dan tidak tergugat dengan hal-hal seperti ini," kata Encik Charlie Gerow, strategis parti Republikan di Pennsylvania.



Kalau ada pun kesan negatif, ia terlalu sedikit dan kecil, mungkin di kalangan wanita di pinggir bandar dan anggota Republikan yang berpendirian sederhana, kata Encik Gerow.



Encik Trump telah menyebut perbicaraan Cik Carroll itu semasa berkempen mengumpul dana bahawa itu adalah bukti yang menunjukkan anasir parti Demokrat untuk merosakkannya dari segi politik. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >