Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Juri AS putuskan Musk tidak tipu pemegang saham Tesla

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Mahkamah melalui barisan jurinya kelmarin memutuskan jutawan kelahiran Afrika Selatan, Encik Elon Musk, tidak menipu pemegang saham Tesla melalui hantaran mesej di Twitter mengenai pembuat kereta elektrik itu pada 2018.



Keputusan sembilan juri itu dimuktamadkan selepas perbincangan berlangsung kira-kira dua jam, dalam perbicaraan yang mengambil tempoh tiga minggu yang mewakili pembelaan terhadap Encik Musk.



Perbicaraan itu membabitkan pemegang saham Tesla dalam tuntutan mahkamah tindakan ke atas Musk, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif bagi kedua-dua perniagaan iaitu pembuat kereta elektrik berkenaan dan perkhidmatan Twitter yang dibelinya dengan harga $44 bilion ($58.24 bilion) sebelum ini.



Pada 2018, Encik Musk melalui ciapannya memberitahu beliau mempunyai dana kewangan untuk mengambil alih Tesla sebagai syarikat swasta.



Namun, hakikatnya beliau tidak mendapat komitmen yang kukuh untuk perjanjian yang dibatalkan yang akan menelan belanja $20 bilion ($26.47 bilion) hingga $70 bilion ($92.65 bilion) untuk dilaksanakan.



Ternyata proses perbicaraan itu memberi risiko terhadap integriti dan sebahagian daripada kekayaan Musk yang membeli Twitter pada Oktober tahun lalu itu.



Ini kerana, Encik Musk mungkin dibebani dengan tuntutan berbilion dolar sebagai ganti rugi sekiranya juri mendapati beliau bertanggungjawab ke atas ciapannya yang dianggap palsu oleh hakim yang mempengerusikan perbicaraan berkenaan.



Encik Musk sebelum ini, memberi keterangan dalam perbicaraan kes penipuan, di mana beliau didakwa menipu dalam ciapan Twitternya untuk mengambil alih syarikat itu sebagai syarikat swasta.



Beliau diseret ke mahkamah oleh pemegang saham Tesla yang menyatakan beliau memanipulasi harga saham syarikat itu hingga mengakibatkan kerugian bernilai jutaan dolar pada 2018.



Ciapan oleh Musk mengakibatkan harga saham Tesla menjadi tidak menentu dan bilionair itu disaman oleh pemegang saham yang mendakwa taikun berkenaan bertindak melulu dalam usaha untuk menyingkirkan pelabur yang tidak sehaluan dengan syarikat itu. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >