Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Juruterbang ceriakan penumpang bila tiba destinasi awal; warganet minta jadual pesawatnya

Nov 16, 2023 | 07:27 PM



PULAU PINANG: Juruterbang syarikat penerbangan AirAsia ini memang gemar melakukan pelbagai gelagat unik bagi menceriakan hari penumpangnya.

Antaranya beliau membuat pengumuman khas selain memberi kanak-kanak sampul berisi duit raya sempena sambutan Aidilfitri.

Kali ini, penumpang pesawat yang sering ditimpa kegelisahan apabila hendak mendarat mungkin rasa lebih tenang apabila kapten dari Johor Bahru itu menyanyi dan berpantun bagi menceriakan suasana dalam kabin.

Kapten Johan Farid Khairuddin, 46 tahun, yang baru-baru ini mengendali satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, memutuskan untuk membuat pengumuman khas itu apabila beliau berjaya sampai ke destinasi 15 minit lebih awal daripada yang dijadualkan.

Kejadian itu telah dimuat naik dalam satu video di TikTok, yang mencatatkan lebih 75,000 tontonan dalam sehari dan turut membuat pengguna lain meluahkan rasa iri hati kerana mahu menikmati suasana penerbangan yang ceria seperti itu.




@jfkjohan

POV- when #AirAsia #Allstars often arrive early at destinations but it doesn’t even get a whisper on socials. This post is for all the MANY unsung heroes in the aviation industry who often go above & beyond ForOurGuests. GTR, Ground, Ramp, Engineering, ATC, CAAM, Ops, Tech etc. This is for you! ❤️ #flyAirAsia #Guest #Experience #Innovations #WorldsBest #TeamAirAsia

♬ Beautiful - Soft boy



Dalam video itu, Kapten Johan, memulakan pengumuman mendarat dengan berpantun dan menyanyi dalam bahasa Inggeris.

Beliau berkata:

“Oh indahnya pagi ini. Sungguh indah juga hari ini.

“Saya rasa sangat ceria, sebab kita akan sampai lebih awal hari ini!”

Kapten Johan, yang juga bekerja sebagai deejay radio secara sambilan, turut memberitahu mereka telah melepasi cuaca buruk, justeru penumpang tidak perlu khuatir tentang “gegaran” dalam pesawat, yang disebutkan sebagai “gedebak gedebuk” menerusi sistem komunikasi umum pesawat itu.

Kemudian juruterbang itu menyatakan bahawa beliau akan berusaha dengan sedaya upaya untuk mendarat dengan sempurna demi keselesaan penumpang.

Susulan itu, pengguna di TikTok telah menulis di ruang komen bahawa pengumuman oleh juruterbang sebegini bakal menghilangkan rasa kegelisahan apabila sedang menanti pesawat mendarat.

Ada juga yang meminta Kapten Johan supaya mengongsi jadual tugasnya agar mereka juga dapat menikmati pengalaman penerbangan bersamanya.

Apabila dihubungi Berita Harian pada Khamis, Kapten Johan berkata penerbangan itu berlangsung pada Selasa dan beliau melakukan pengumuman itu bagi menyenangkan penumpang yang jarang menaiki pesawat dan mungkin rasa gelisah apabila hendak mendarat.

“Pasukan AirAsia Allstars kami mengambil pendekatan bersikap lebih rapat dengan pelanggan agar kami dapat membuat penumpang kami rasa lebih selesa dan lebih senang hati apabila menaiki pesawat kami,” katanya.

Inisiatif AirAsia Allstars itu merujuk kepada satu daya usaha syarikat penerbangan itu bagi menerapkan mutu khidmat yang baik serta budaya yang menggalakkan dalam kalangan pekerjanya, kata AirAsia dalam lamannya.

Selain kejadian itu, Kapten Johan juga pernah, antara lain memberi duit raya kepada penumpang kanak-kanak pada April 2023, selepas beliau mendarat sebagai penghargaan kepada pelanggannya.




@jfkjohan

This is WHY we do what we do. Thank you for the smiles. Remember kids, be kind, stay humble and tag us the next time you FlyAirAsia. #AirAsia #WorldsBest #AllStars #TeamEffort #DuitRaya #Angpao #JustForKids #Captain #Pilot #Airbus #A320 #Cabin Thank you, awesome AirAsiaCabinCrew: Paris, Shaz, Nizam & Kama. Thank you SFO Taqi. Thank you GTR, ADE, Flight Ops, ATC & everyone working to get us to depart early & arrive early. You guys rock! 📷 Paris.

♬ Suasana Hari Raya (COVER) - MAZRO AKHIRO

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >