SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Juruterbang Israel enggan jalani latihan, bantah sistem kehakiman baru

Juruterbang Israel enggan jalani latihan, bantah sistem kehakiman baru

Mar 7, 2023 | 5:30 AM

Juruterbang Israel enggan jalani latihan, bantah sistem kehakiman baru

PM Lee bersama tetamu lain semasa acara berbuka puasa di Masjid Al-Khair.
PM Lee bersama tetamu lain semasa acara berbuka puasa di Masjid Al-Khair. -

BAITULMAKDIS: Puluhan juruterbang simpanan angkatan udara Israel pada Ahad lalu enggan melaporkan diri untuk menjalani latihan kerana membantah langkah Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, melakukan pembaharuan terhadap sistem kehakiman negara itu.

Tindakan juruterbang tersebut telah mengejutkan negara kerana organisasi ketenteraan selama ini tidak pernah dilibatkan dalam sebarang kegiatan politik.

Sebagai cabang strategik Israel, angkatan udara negara itu bergantung kepada anggota kerahan semasa peperangan dan memerlukan mereka yang telah tamat tempoh perkhidmatan menjalani latihan berkala bagi mengekalkan kecekapan dan berada dalam keadaan bersiap-sedia.

Tetapi, menerusi sepucuk surat yang diedarkan di media tempatan, 37 orang juruterbang dan pelayar daripada skuadron F-15 berkata mereka tidak akan mengikuti latihan seperti yang dijadualkan pada Rabu ini dan "akan menggunakan waktu itu untuk berdialog demi demokrasi dan perpaduan negara".

Pemerintah Israel kini sedang cuba membuat perubahan termasuk mengekang Mahkamah Agung yang didakwanya sudah melampaui jangkauan.

Para pengkritik khuatir bahawa Encik Netanyahu - yang sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah - mahukan menguasai sistem kehakiman.

Setiap minggu, tunjuk perasaan diadakan di merata negara itu, dengan beberapa orang pemimpin gerakan bantahan - antara mereka adalah bekas pemimpin tentera - mengatakan pemerintah kini sudah tidak demokratik dan mendorong bantahan besar-besaran.

Anggota kerahan seramai 37 orang itu berkata mereka akan menghentikan bantahan mereka sekiranya diperlukan untuk bertugas dalam operasi sebenar. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg