Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Juruterbang maut selepas helikopter terhempas di Bidor, M'sia

Sep 13, 2022 | 5:30 AM
TERHEMPAS: Bangkai pesawat jenis Eurocopter yang ditemui di hutan selepas hilang dari radar sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kelmarin. - Foto ihsan JBPM
TERHEMPAS: Bangkai pesawat jenis Eurocopter yang ditemui di hutan selepas hilang dari radar sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kelmarin. - Foto ihsan JBPM -

KUALA LUMPUR: Mayat juruterbang dan bangkai helikopter Eurocopter EC120B yang terhempas di Bidor, Perak, kelmarin, ditemui berhampiran Kampung Kenangan pada 8.18 pagi semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo, berkata pesawat pendaftaran N409HH itu ditemui oleh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), RESCUE01, lapor Berita Harian Malaysia.

"Combat Air Rescue (CAR) TUDM berada di darat untuk membantu membawa mangsa dari lokasi kejadian.

"RESCUE01 membawa mangsa dan mendarat di Padang Sekolah Anderson jam 10.30 pagi sebelum dibawa ambulans ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

"Bagaimanapun, mangsa tidak sedarkan diri ketika misi menyelamat dijalankan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Kapten Voo berkata, penyelarasan mencari dan menyelamat (SAR) di Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) tamat sebaik semua unit SAR kembali ke pangkalan dengan selamat.

"Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

"CAAM ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota pasukan SAR daripada TUDM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Terima kasih juga kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua organisasi yang terbabit dalam misi SAR ini," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg