Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Juruterbang mengaku bunuh isteri dalam jenayah yang disifatkan kejam di Greece

Jun 19, 2021 | 5:55 PM
MENGAKU BUNUH ISTERI: Juruterbang Babis Anagnostopoulos, suami Cik Caroline Crouch, wanita yang awalnya dikatakan dibunuh sekumpulan perompak, ditangkap polis setelah beliau mengaku membunuh isterinya. - Foto EPA-EFE/ALEXNDROS VLACHOS
MENGAKU BUNUH ISTERI: Juruterbang Babis Anagnostopoulos, suami Cik Caroline Crouch, wanita yang awalnya dikatakan dibunuh sekumpulan perompak, ditangkap polis setelah beliau mengaku membunuh isterinya. - Foto EPA-EFE/ALEXNDROS VLACHOS -

ATHENS: Suami seorang wanita muda yang awalnya dilaporkan terbunuh dalam satu kes rompakan di rumah mereka dan ditemui terbaring di sebelah bayinya, mengaku melakukan jenayah tersebut pada Khamis (17 Jun).

Babis Anagnostopoulos, seorang juruterbang berusia 32 tahun, ditangkap polis dan dibawa ke Athens dengan helikopter polis pada Khamis, dari kepulauan Alonissos, di mana dia menghadiri upacara memperingati mendiang isterinya, Cik Caroline Crouch, seorang wanita British.

Beberapa jam selepas itu, Anagnostopoulos mengaku dia membunuh isterinya, jelas polis Greece dalam satu pesanan Twitter.

Cik Crouch, 20 tahun, ditemui mati pada 11 Mei di atap rumah pasangan itu di Glyka Nera, sebuah kawasan pinggir bandar dengan sebahagian sekitaran desa di bahagian timur laut ibu kota Greece ini. Beliau dicekik di atas katil bersebelahan bayi perempuannya yang berusia 11 bulan.

Pada masa itu, Menteri Polis Greece, Michalis Chrysohoidis, berkata beliau terkejut dengan kekejaman jenayah ini.

Polis menawarkan ganjaran €300,000 (S$479,000) bagi sesiapa yang mempunyai maklumat tentang pembunuh berkenaan.

Anagnostopoulos memberitahu polis, tiga lelaki memecah masuk rumahnya, mengikatnya dan membunuh isterinya sebelum melarikan wang tunai €15,000 dan barang berharga.

Anjing peliharaan keluarga ini dikatakan dibunuh juga.

Namun sepanjang siasatan, pihak polis tidak dapat menemukan sebarang bukti kumpulan perompak yang didakawa melakukan jenayah tersebut, lapor media Greece. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg