Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jutaan penduduk sengsara dek monsun badai Karachi

Jul 27, 2022 | 03:59 PM



KARACHI: Encik Shazad Akbar menggendong anak perempuannya yang berusia empat tahun di bahunya sedang beliau dan isterinya mengharungi air setinggi lutut yang membanjiri jalan di Surjani, sebuah kawasan miskin di bandar pelabuhan Karachi, Pakistan.

 

Isterinya jatuh sakit semalaman, tetapi Encik Shazad tidak dapat membawanya ke doktor kerana hujan monsun lebat turun sehingga pagi, menyebabkan kesengsaraan bagi bandar seramai 15 juta penduduk itu. 


“Saya hanya boleh keluar sekarang,” kata Encik Shazad. Musim tengkujuh, yang biasanya berlangsung dari Jun hingga September, musim penting untuk mengairi tanaman dan menambah air tasik dan empangan di seluruh benua kecil India, tetapi ia juga membawa gelombang kemusnahan setiap tahun. 


Musim tengkujuh tahun ini dirasai paling sukar di bandar, di mana infrastruktur dan perkhidmatan yang lemah menyebabkan longkang dan pembetung tersumbat – dan sistem kumbahan runtuh. 


Akibatnya adalah banjir yang meluas, terutamanya di kawasan rendah, dan biasanya di kejiranan miskin. 


Di Rahim Goth, sebuah kawasan setinggan di barat bandar, penduduk tempatan cuba mengeluarkan air dari pondok dan kediaman mereka menggunakan baldi, periuk dan jag.

Tetapi usaha mereka kelihatan sia-sia kerana mereka menyimbah air ke jalan yang sudah dinaiki air. 


Encik Sardar Sarfaraz, pengarah Jabatan Meteorologi Pakistan, memberitahu AFP hujan sebanyak 568 milimeter yang “tidak pernah berlaku sebelum ini” telah turun di bandar itu bulan ini – hampir tiga kali ganda purata Karachi baru-baru ini dan lebih empat kali ganda berbanding dua dekad lalu.

 

Pencinta alam sekitar, Encik Arif Zubair, akur musim tengkujuh selalunya boleh menyebabkan malapetaka semula jadi, tetapi jelas apa yang harus dipersalahkan bagi keadaan yang semakin teruk ialah perubahan iklim.


“(Ia) telah melanda seluruh Asia Selatan dan Tenggara. Hujan (lebat) baru-baru ini sudah pasti menjadi penunjuk perubahan iklim global,” katanya. 


Pakistan menduduki tempat kelapan dalam senarai negara yang paling terdedah kepada cuaca ekstrem, yang disebabkan oleh perubahan iklim menurut NGO alam sekitar Germwatch. 


Lebih 300 orang maut akibat hujan monsun lebat tahun ini, yang turut menghanyutkan lebih 600 kilometer jalan raya dan 50 jambatan, menurut Penguasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA).

 

Ia berkata lebih 10,000 rumah telah rosak – dengan wilayah Baluchistan yang paling teruk terjejas. 

Di Rahim Goth, ramai penduduk telah berpindah ke atas bumbung untuk melarikan diri daripada banjir. – AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >