Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PANDANGAN: PERKEMBANGAN POLITIK DI MALAYSIA

Kabinet baru pikul tugas amat berat bawa M'sia keluar daripada pandemik Covid-19

Aug 25, 2021 | 05:30 AM



BERBEKALKAN pengalaman lebih sedekad dalam pemerintah, Perdana Menteri Malaysia Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai tugas amat berat untuk membawa negara keluar daripada pandemik Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi semasa ini.



Beliau yang merupakan Naib Presiden UMNO pertama yang dilantik sebagai Perdana Menteri (PM), mempunyai kira-kira 22 bulan sebelum tamatnya tempoh pemerintah (sekiranya tidak ada pilihan raya umum mengejut) telah menggariskan dua objektif utama bagi mengurangkan kesan ekonomi yang berpanjangan akibat pandemik Covid-19.



Anak kelahiran Temerloh, Pahang dalam ucapan khas pertamanya, menggariskan dua objektif iaitu pertama adalah mengembalikan kesejahteraan rakyat seiring dengan usaha meningkatkan kuasa beli pengguna.



Kedua, mengangkat semula sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.



Sebelum kededua objektif dapat direalisasikan, beliau yang dilantik sebagai PM oleh Yang di-Pertuan Agong YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 20 Ogos lepas, perlu merapatkan sebarang jurang perbezaan pendapat atau pendekatan dalam kalangan parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) yang dianggotai beliau dengan Perikatan Nasional (PN) terutama Bersatu yang diterajui mantan PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Datuk Seri Ismail Sabri yang disokong oleh 41 Anggota Parlimen (AP) UMNO dan BN, mempunyai hubungan rapat dengan Tan Sri Muhyiddin untuk meleraikan sebarang kekusutan antara mereka bagi menjamin pemerintah yang disokong 114 AP terus bertahan sehingga GE 15 nanti.



Isu terbaru itu adalah mengenai isu penggunaan pemerintah baru sebagai 'pemerintah PN' seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin, begitu juga dengan pemimpin tertinggi PN terutama Bersatu PN', dan bukan pemerintah BN atau pemerintah perpaduan yang didakwa pemimpin UMNO.



Berikutan itu, perpaduan antara BN dan gabungan parti PN didukung oleh 71 AP seperti yang didakwa Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, amat penting bagi menjamin sama ada pemerintah baru boleh bertahan lama atau tidak.



Begitu juga dengan jawatan timbalan perdana menteri, yang dihangatkan diperbincangkan dalam kalangan anggota Bersatu yang seolah-olah menganggap jawatan nombor dua pemerintah itu hak pemimpin mereka sedangkan sebarang jawatan dalam kabinet adalah hak mutlak PM dan mendapat perkenaan YDPA.



Anggota Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai 18 AP juga mahukan wakil daripada Borneo diberikan jawatan TPM atas kesetiaan mereka menyokong PM dari semenanjung sebelum ini.



Pada masa yang sama, Datuk Ismail Sabri yang menerima jumlah undi tertinggi dalam percubaan kali pertama bertanding pemilihan naib presiden UMNO 2018, kurang mempunyai pengaruh dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) iaitu badan tertinggi pemutus parti, dan dengan jawatan PM itu membolehkan beliau melebarkan pengaruhnya bukan saja dalam MKT begitu dalam kalangan anggota parti keseluruhannya.



Pengaruh dan sokongan parti amat penting bagi seorang PM kerana sebarang dasar baru yang ingin dilaksanakan oleh pemerintah perlu seiring dengan perjuangan parti dan aspirasi rakyat. Sekiranya, seorang PM yang tidak dapat sokongan parti amat sukar bagi beliau untuk terus melaksanakan janji-janji yang dibuat kepada semua pihak.



Setakat ini, Datuk Seri Ismail Sabri yang sudah menjadi AP hampir 17 tahun mendapat sokongan kuat dari mantan PM6, Datuk Seri Najib Razak



Nada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan penyokong tegarnya sebelum ini agak keras dan pernah mengelarnya 'penderhaka' kerana ingkar arahan parti supaya tidak menyokong Tan Sr Muhyiddin nampaknya sudah lembut.



Berdasarkan kepada kepada kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, sebenarnya Datuk Seri Ismail Sabri adalah calon ketiga UMNO selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan.



Apabila presiden parti menolak dan timbalannya bukan merupakan AP, Datuk Ismail Sabri menjadi calon tunggal kerana pernah menjadi timbalan perdana menteri, ketua pembangkang dan berpengalaman luas mengendali pandemik Covid-19 sebelum ini.



Oleh kerana Datuk Seri Ismail Sabri pernah bersama pemerintah PN dan menjadi orang nombor kepada Tan Sri Muhydiddin, kerja-kerja sebagai PM menjadi mudah kerana beliau mendapat sokongan mantan PM8 dan bekas rakan sejawatnya serta AP PN yang lain.



Sepanjang beliau dilantik sebagai menteri bermula sebagai menteri belia dan sukan pada 2008 hinggalah jawatan terakhir menteri kanan pertahanan dan timbalan perdana menteri 19 Ogos 2021, Datuk Ismail Sabri dikenang sebagai tokoh politik yang memperjuangkan golongan akar umbi dan Melayu.



Semasa menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, beliau mengisytiharkan 2014 sebagai tahun 'Jihad Memerangi Orang Tengah' bagi menentang terhadap penguasaan orang tengah yang mengaut keuntungan daripada hasil titik peluh 40,000 nelayan, petani dan penternak.



Sebanyak 200 Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PHP) telah diwujudkan di seluruh negara bagi membantu urusan pembekalan hasil pertanian di setiap pusat pengumpulan yang diwujudkan dan dapat menghasilkan 62,400 tan metrik hasil pertanian dengan nilai jualan sehingga RM250 juta.



Begitu juga semasa menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, beliau memulakan inisiatif MARA Digital sebagai usaha memastikan usahawan Bumiputera tidak ketinggalan dalam perniagaan bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT).



MARA Digital Mall yang pertama telah dibuka di Menara MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 8 Disember 2015.



Sebagai seorang pemimpin parti berteraskan Melayu, Datuk Seri Ismail Sabri juga tidak sunyi dengan isu kontroversial apabila pada 2015 melalui hantaran Facebooknya beliau menyeru pengguna Melayu untuk memboikot perniagaan yang memonopoli dan menguntungkan perniagaan Cina.



Pada 13 April 2018, Datuk Seri Ismail Sabri sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila beliau dilaporkan berkata 'setiap undi bagi DAP adalah seperti memberi kuasa kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan 'hak istimewa Melayu dan keunikan dari Islam'.



Kini nada Melayunya sudah agak kendur dan sebagai PM beliau adalah PM seluruh rakyat Malaysia dan bukan mewakili kaum tertentunya saja. Oleh itu, dalam ucapan sulungnya sebagai PM, beliau menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia mengajak rakyat berbagai agama dan kaum bersama-sama memulihkan semula negara. Berikutan itu, PM9 itu meminta AP pemerintah dan pembangkang sama-sama menggembleng tenaga untuk menjadikan Malaysia lebih baik daripada sebelum ini.



Beliau juga menawar pembangkang ruang bekerjasama dengan pemerintah untuk menangani pandemik Covid-19 melalui penyertaan dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19. Setakat ini, hanya DAP menyambut baik tawaran tersebut dan sedang mengkaji keberkesanan penyertaan parti itu.



Untuk tempoh beberapa hari lagi Datuk Seri Ismail Sabri akan menghadapi ujian kedua iaitu seperti yang dititahkan oleh YDPA melalui usul undi percaya di Parlimen bagi menguji keabsahan jawatan PM yang dipegang beliau. Setakat di atas kertas, beliau akan lulus ujian penting itu melainkan ada 'arahan tertentu' untuk menarik balik sokongan.



Sehubungan itu, Datuk Seri Ismail Sabri yang membantu UMNO mendapat semula tampuk pemerintah selepas hilang daripada genggaman parti itu pada Mei 2018, perlu berhati-hati dalam memenuhi dua objektif yang ditetapkannya terutama Bersatu dari awal telah meletakkan syarat pelantikan kabinet yang dibentuk kelak adalah dalam kalangan mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.



Beliau yang memulakan tugas rasmi pada 23 Ogos 2021 kini sedang memikirkan pembentukan kabinet sama ada hanya dianggotai AP BN dan gabungan PN, atau kabinet perpaduan yang turut melibatkan sama parti pembangkang seperti yang diharapkan oleh semua pihak.



Dalam tempoh yang agak pendek sebelum PRU15, Datuk Seri Ismail Sabri perlu meneruskan sisa-sisa pemerintah PN yang beliau turut anggotainya untuk memulihkan keadaan negara sekali gus beliau akan dikenang sebagai PM9 yang berjaya membawa keluar negara daripada pandemik Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi.




LATAR BELAKANG DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB



JAWATAN DALAM POLITIK:

1987 : Ahli Jawatankuasa UMNO Temerloh

1988 : Ketua Penerangan UMNO Temerloh

1993 : Ketua Pemuda UMNO Temerloh

2001 : Timbalan Ketuan Bahagian UMNO Temerloh

2004 : Ketua Bahagian UMNO Temerloh

2019 : Ketua Pembangkang

2018 hingga kini : Naib Presiden UMNO

Anggota Parlimen: 2004 hingga kini : Ahli Parlimen Bera dan Ketua Bahagian UMNO Bera



JAWATAN DALAM KERAJAAN:

2008-2009 : Menteri Belia dan Sukan

2009-2013 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan

2013-2015 : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

2015-2018 : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

2020-2021 : Menteri Kanan Pertahanan

Julai - Ogos 2021: Timbalan Perdana Menteri




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >