Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kabinet Malaysia setuju anak lahir di luar negara secara automatik dapat kerakyatan

Feb 18, 2023 | 04:15 PM



KUALA LUMPUR: Kabinet Malaysia telah bersetuju untuk meminda Perlembagaan Federal untuk membolehkan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negera oleh wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing menjadi warga secara automatik.


Usulan pindaan itu, yang akan dikemukakan di Parlimen, selaras dengan pendirian kerajaan perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan hak adil kepada kededua lelaki dan perempuan.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membuat pengumuman mengenai usulan pindaan itu pada Sabtu (18 Feb), dalam kenyataan bersama dengan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said.


Ia bermakna, ibu warga Malaysia akan mempunyai hak yang sama dengan bapa warga Malaysia berhubung kerakyatan anak-anak mereka yang dilahirkan di luar Malaysia.


Buat masa ini, hanya kanak-kanak yang lahir di luar negara kepada bapa warga Malaysia diberikan kerakyatan Malaysia secara automatik.


Seorang wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing dan melahirkan anak di luar Malaysia tidak dapat menyalurkan kerakyatan secara automatik kepada anaknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >