Topik diikuti
Pergi ke BHkuKabinet M'sia diumum dengan 31 menteri
Kabinet M'sia diumum dengan 31 menteri
Kabinet M'sia diumum dengan 31 menteri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Kabinet pada Jumaat (27 Ogos) yang menyaksikan pelantikan seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri. Seramai 31 dilantik sebagai menteri dan 38 lagi sebagai timbalan menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Menteri Kanan yang dilantik semula adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya dan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan. Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula yang sebelum ini memegang Menteri Kanan Luar Negeri bertukar portfolio sebagai Menteri Kanan Pertahanan. Pada Kabinet lalu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, jumlah menteri dan timbalan menteri ialah 70 orang. SENARAI PENUH MENTERI: Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong Menteri Kanan - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Timbalan Menteri I: Mohd Shahar Abdullah Timbalan Menteri II: Yamani Hafez Musa Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof Timbalan Menteri: Datuk Arthur Joseph Kurup Menteri Kanan - Menteri Pendidikan Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin Timbalan Menteri I : Senator Datuk Dr Mah Hang Soon Timbalan Menteri II : Datuk Mohamad Alamin Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan Menteri : Eddin Syazlee Shith Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Timbalan Menteri : Datuk Mastura Mohd Yazid Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Samsuddin Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Tuan Idris Ahmad Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Marzuk Shaary Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong Timbalan Menteri : Datuk Henry Sum Agong Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Menteri : Datuk Dr Mansor Othman Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Saravanan Murugan Timbalan Menteri : Datuk Awang Hashim Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim Timbalan Menteri: Datuk Seri Jalaluddin Alias Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun Timbalan Menteri: Datuk Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad Timbalan Menteri : Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan Timbalan Menteri: Datuk Ali Anak Biju Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah Timbalan Menteri II: Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid Timbalan Menteri I: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad Timbalan Menteri II: Datuk Hasbi Habibollah Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri: Kamarudin Jaffar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid Menteri Komunikasi Dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba Timbalan Menteri: Datuk Amzad Mohamed @ Hashim Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar Timbalan Menteri: Muslimin Yahaya Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Zuraidah Kamaruddin Timbalan Menteri I: Datuk Seri Wee Jeck Seng Timbalan Menteri II: Willie Mongin Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique Timbalan Menteri: Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Timbalan Menteri: Senator Datuk Seri Ti Lian Ker
