Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kadar jenayah di Johor merosot

May 27, 2014 | 07:22 PM



BATU PAHAT: Indeks jenayah di Johor mencatatkan penurunan bagi tempoh lima tahun berturut-turut sejak 2008, membabitkan pengurangan keseluruhan 9,519 kes, kata Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, indeks jenayah Johor turun 10.32 peratus atau 594 kes.


"Sungguhpun indeks jenayah bukan satu cerminan muktamad mengenai trend penjenayahan, penurunan sebanyak itu membuktikan kesungguhan dan tekad polis Johor dalam menurunkan kadar indeks jenayah," kata Tan Sri Khalid di majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini semalam.


Tan Sri Khalid berkata bagi tempoh 17 Ogos 2013 hingga 29 April 2014, sebanyak 16,399 penangkapan dibuat di Johor daripada 835,754 orang yang diperiksa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >