Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kadar jenayah meningkat di Jepun jejas keyakinan awam

Feb 22, 2023 | 05:30 AM



TOKYO: Berita jenayah di Jepun - termasuk melibatkan pembunuhan mendiang Perdana Menteri Shinzo Abe pada Julai 2022 serta pasangan ibu-anak di Shibuya oleh seorang gadis berusia 15 tahun, telah menjejas keyakinan warga negara itu terhadap keselamatan awam, menurut agensi polis kebangsaan (NPA) Jepun.



Data NPA juga menunjukkan bilangan jenayah yang dilaporkan telah meningkat pada 2022 berbanding 2021.



Pada Februari, NPA mengeluarkan hasil tinjauan dalam talian yang dijalankan pada Oktober 2022, yang mendapati 67.1 peratus responden berasa keselamatan awam di Jepun telah merosot dalam tempoh 10 tahun lalu.



Tinjauan itu meninjau 5,000 responden yang berumur 15 tahun dan ke atas.



Hasil tinjauan itu mendapati bahawa "pembunuhan rambang", menipu dengan menyamar sebagai ahli keluarga dan penderaan kanak-kanak sebagai tiga jenayah utama yang terlintas di fikiran.



Ini menandakan kenaikan tahun ke tahun yang pertama dalam tempoh 20 tahun.



Polis mengaitkan trend tersebut dengan peningkatan dalam jenayah jalanan, manakala terdapat juga kenaikan dalam keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak dan kesalahan berkaitan seks.



Secara keseluruhan, terdapat 601,389 kes jenayah di Jepun pada 2022, naik 5.9 peratus daripada paras terendah pada 2021.



Walaupun begitu, jumlah kejadian pada 2022 kurang separuh daripada 1,403,167 di Jepun pada 2012.



Selain itu, insiden berprofil tinggi telah menjadi tajuk utama akhbar sejak tinjauan Oktober dan ini pasti telah menjejas sentimen keselamatan awam.



Kes penipuan telefon dan rompakan ganas di seluruh Jepun telah dikesan membabitkan sindiket yang beroperasi dari pusat tahanan Manila.



Terdapat juga kejadian tikaman rambang yang lain.



Pada 6 Februari, seorang pelajar sekolah tinggi di Kawasaki, selatan Tokyo, ditikam samasa dalam perjalanan ke sekolah, didakwa oleh bekas rakan sekolah.



Pada 1 Februari pula, dua orang ditetak di paha di bandar Kawaguchi, utara Tokyo, kira-kira dua jam sebelum seorang lagi lelaki ditetak ketika sedang berjalan pulang di Yokohama, selatan Tokyo.



Seorang lelaki berusia 62 tahun ditangkap kerana disyaki cuba membunuh kerana melakukan serangan rambang itu.



Secara berasingan, pada Hari Natal 2022, Jun Saito, 40 tahun, didakwa menceroboh masuk ke rumah jiran-jiran dan membunuh mereka.



Mangsa-mangsanya ialah seorang warga Amerika Syarikat dan ahli lembaga emeritus di Temple University Jepun, William Bishop Jr yang berusia 69 tahun, serta isteri dan anak perempuan. Rumah mereka terletak di kawasan utara Tokyo.



Keluarga Encik Bishop telah membuat enam laporan kerosakan harta benda terhadap Saito antara Ogos dengan Disember 2021, tetapi Saito dibebaskan kerana kekurangan bukti kukuh.



Saito, yang telah menafikan tuduhan membunuh, sedang disiasat kerana mempunyai dendam terhadap keluarga itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >